Realtime website trackingweb stats

Tak berbaloi lelaki di Dubai ini menelefon wanita berulang kali, dah ‘melayang’ lebih RM6,000

Oleh ADINDA

Tak berbaloi lelaki di Dubai ini menelefon wanita berulang kali, dah ‘melayang’ lebih RM6,000.

Tindakan seorang lelaki di Dubai mengganggu wanita dengan membuat panggilan telefon berulang kali membawa padah apabila diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak 5,000 dirham (kira-kira RM6,333) kepada mangsa.

Gulf News melaporkan Mahkamah Abu Dhabi bagi Kes Keluarga, Sivil dan Pentadbiran menjatuhkan hukuman itu sebagai pampasan.

Ia berikutan kerosakan material dan moral yang ditanggung mangsa selaku plaintif kes berkenaan.

Defendan didakwa selepas plaintif memfailkan tuntutan mahkamah kerana menerima gangguan.

Difahamkan, plaintif menuntut defendan membayar 50,000 dirham (kira-kira RM63,334) kepadanya untuk ganti rugi material dan moral yang dialami.

Defendan turut dituntut membayar faedah undang-undang 12 hari selepas tarikh penghakiman akhir serta mewajibkannya yuran dan perbelanjaan.

Dalam tuntutan mahkamahnya, plaintif berkata defendan mengganggunya dengan membuat panggilan telefon berulang kali.

Difahamkan, tuntutan itu bertukar menjadi kes jenayah.

Mahkamah kemudian memutuskan lelaki itu didenda 3,000 dirham (kira-kira RM3,800) sebagai hukuman atas kesalahan itu.

Baca:

Berang dengan video lelaki memujuk mahu poligami, reaksi Shila Amzah buat ada yang koyak kait dengan agama

Unik betul, wanita India ini dedah amal 3 ajaran Islam ini buat wajah jadi comel dan berseri

Intan Najuwa terima wang hantaran RM222,000, ini sebabnya Datuk Asraf pilih angka dua