Intan Najuwa terima wang hantaran RM222,000, ini sebabnya Datuk Asraf pilih angka dua.
Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, dan Ahmad Asraf disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel mewah iaitu One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadut yang berwakil walikan bapa kandungnya iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis tersebut, Ahmad Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.
Angka dua dalam mas kahwin dan wang hantaran adalah sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan pasangan berkenaan.
Pada majlis itu, Intan tampil dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen Fiziwoo manakala solekan oleh Datuk Alha Alfa.
Pasangan itu memilih 18 Ogos untuk disatukan sebagai suami isteri bersempena dengan sambutan hari jadi aktes tersebut.
Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.
Pelakon drama bersiri Jesnita itu menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berjalan lancar dan berharap doa orang ramai mereka bahagia melayari rumah tangga.
Kata Intan, meskipun sudah bergelar isteri, dia akan meneruskan karier lakonan selain memberi fokus kepada pengajian dan perniagaan yang dijalankan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.
“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang,” katanya.
Pada Februari lalu, maklumat Intan dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk.
Sumber memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Bagaimanapun ketika ditanya media, aktres berkenaan memilih untuk mengunci mulut.
Untuk rekod, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan ekoran sudah tiada persefahaman.
Baca:
Lelaki di Kajang sanggup habis duit bela 6 buaya di halaman rumah, terpengaruh The Crocodile Hunter katanya
Ini penjelasan kenapa tak boleh pasang aircond dan kipas serentak
Rupanya ada ‘mangsa’ terselamat dari nahas pesawat di Elmina, cuma terkoyak 14cm dan terkehel kaki