Realtime website trackingweb stats

Rupanya ada ‘mangsa’ terselamat dari nahas pesawat di Elmina, cuma terkoyak 14cm dan terkehel kaki

Oleh ADINDA

Rupanya ada ‘mangsa’ terselamat dari nahas pesawat di Elmina, cuma terkoyak 14cm dan terkehel kaki.

Rupa-rupanya seekor kucing turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

Pun begitu, kucing yang lebih sinonim dengan panggilan oyen itu terselamat daripada tragedi menyayat hati yang meragut 10 nyawa termasuk penunggang motosikal penghantar makanan dan pemandu e-hailing.

Oyen kini dalam jagaan Klinik Haiwan Zul Erwan selepas diselamatkan pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari tersebut.

Menurut Dr Zul Erwan, kucing malang itu mengalami luka di bahagian kiri badan selain kulit terkoyak lebih kurang 14 sentimeter (cm) di bahagian rusuk.

Rupanya ada 'mangsa' terselamat dari nahas pesawat di Elmina, cuma terkoyak 14cm dan terkehel kaki.
Oyen di Klinik Dr Haiwan Zul Erwan

“Oyen mengalami luka bahagian kiri badan, kulit terkoyak lebih kurang 14cm di bahagian rusuk.

“Tangan kanan Oyen juga tempang (weight bearing lameness) mungkin terseliuh akibat terkejut dan melompat untuk menyelamatkan diri semasa kejadian tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut beliau lagi, Oyen merupakan seekor kucing jantan yang dipercayai berada di sekitar kawasan tragedi.

Ia kemudiannya diselamatkan kerana mengalami kecederaan yang teruk dan diberikan rawatan sementara ketika dalam perjalanan oleh pihak KKM.

Tambahnya, kucing tersebut terus dihantar ke kliniknya untuk rawatan susulan.

“Oyen masih dalam rawatam. Buat masa ini dalam jagaan klinik,” kata pemilik klinik yang sudah beroperasi sejak 2012.

Pada Khamis, sebuah pesawat persendirian terhempas di Elmina dekat Denai Alam, Shah Alam.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada pukul 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Seramai 10 individu termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, maut dalam nahas tersebut.

Baca:

Tular gambar model sedan baharu Produa, dah macam kereta perdana versi ‘lowered’

Keli goreng rangup dan sedap, ini rupanya cara terpaling sihat, semua boleh buat

Isteri ketawa mengilai gelakkan suami akhirnya dapat hukuman ‘cash’, lelaki ini kongsi kisah menghiburkan