Realtime website trackingweb stats

Keli goreng rangup dan sedap, ini rupanya cara terpaling sihat, semua boleh buat

Oleh ADINDA

Keli goreng rangup dan sedap, ini rupanya cara terpaling sihat, semua boleh buat.

Setiap kali nak masak ikan keli goreng, mesti ‘bersilat’ dekat dapur kerana takut terkena percikan minyak yang meletup-letup. Sebenarnya, anda boleh goreng ikan keli menggunakan air fryer seperti pengguna Facebook bernama Eniza M.Salim lakukan ini.

IKAN KELI GORENG GUNA AIR FRYER, LEBIH SEDAP!

Bahan diperlukan:

  1. Ikan keli
  2. Serbuk kunyit
  3. Serbuk cili
  4. Garam
  5. Tepung jagung
  6. Minyak masak

Cara-caranya adalah:

1. Cuci bersih ikan keli.

2. Lumur dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam tepung jagung dan dua sudu minyak.

3. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam air fryer bakar menggunakan suhu 180°C selama 15 minit.

4. Kemudian tebalikkan dan sambung bakar pada suhu yang sama selama 10 minit pula.

Keli goreng rangup dan sedap, ini rupanya cara terpaling sihat, semua boleh buat

Hasilnya, bahagian luar ikan keli akan garing dan isi dalam lembut.

Mudah kan? Sekali sekala tukar gaya goreng ikan guna air fryer apa salahnya.

Sekiranya anda ingin mengoreng menggunakan minyak, antara petua untuk elak meletup adalah dengan memasukkan asam keping ke dalam minyak panas. Cubalah.

Semoga bermanfaat!

Baca:

Dulu kerat badan YB Pahang 18 bahagian, ramai rasa seram dengar lagu Mona Fendy tapi tidak bagi Malique

Pergi sudah tulang belakang keluarga, pengalaman pertama dan terakhir pesara TLDM ini naik pesawat mewah memilukan

Betul dia cuma kerani belum dapat tauliah tapi jangan perlekeh, peguam ini pertahan Fathia Latiff