Realtime website trackingweb stats

Silap buat belokan ke kiri dengan curam, nahas pesawat terhempas 3 tahun lalu baru tahu apa puncanya

Oleh ADINDA

Silap buat belokan ke kiri dengan curam, nahas pesawat terhempas 3 tahun lalu baru tahu apa puncanya.

Sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua enam orang yang menaikinya pada Julai 2021 berikutan kesilapan dua juruterbang, demikian menurut penyiasat persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Pesawat enjin berkembar Bombardier CL 600 mengalami masalah daya angkatan, menyebabkan ia menjunam dan terhempas di California, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Kapal terbang itu bertolak dari bandar Coeur D’Alene, Idaho dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Truckee-Tahoe apabila ia terhempas di sebuah hutan tidak jauh dari landasan.

Terdapat letupan dan semua orang yang jet itu disahkan mati. Pejabat Syerif Daerah Nevada terpaksa menggunakan bukti asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti kesemua mangsa.

Kedua-dua juruterbang berkenaan ialah Thomas Ebaugh, 56 dan Kapten Alberto Montero De Collado De La Rosa berusia 43 tahun.

Laporan NTSB mendapati Ebaugh yang merupakan pembantu juruterbang melakukan kesilapan apabila dia membuat belokan ke kiri dengan curam ketika hendak mendarat di salah satu landasan terbang Lapangan Terbang Truckee-Tahoe.

De La Rosa gagal membetulkan kesilapan pembantu juruterbang itu.

Baca:

Jet menjunam dari langit, ketika jasad lain berkecai, ini keadaan jenazah penunggang pekerja p-hailing

Ingat dapat ayam McD rupanya roti sahaja, murid kecewa discam jabatan pendidikan negeri

Wajib tahu lokasi kedai nasi kandar jual pakej sekali ulat, mujur ‘kak long’ ni tolong dedah