Jangan klik pautan e-mel ‘PDRM’ tu, polis tak pernah hantar e-mel tau, lelaki ini nasihat usah tertipu. Email palsu kesalahan traffik perguna logo PDRM.
Hantaran ini bertujuan untuk berkongsi tentang ancaman yang tersembunyi di dalam peti emel anda.
Untuk kali kedua dalam masa dua-tiga minggu ini, saya telah menerima emel dari entiti yang menyamar sebagai PDRM (rujuk gambar 1).
Seperti orang lain, saya juga mempunyai fobia atau takut kepada anggota polis. Jadi, apabila menerima emel yang pada sekilas pandang nampak seperti pernyataan rasmi dari PDRM berkenaan saman yang perlu saya bayar, degupan jantung saya bertambah kencang.
Saya bersyukur kerana mempunyai sifar ‘grammar Nazi’ dimana saya dapat melihat kesilapan tatabahasa di dalam emel tersebut. Terus saya berfikir, bagaimana pula dengan orang lain yang mungkin tidak perasan dan terus menekan pautan tersebut?
Jadi, atas dasar keprihatinan, saya membuat hantaran ini. Bagi anda semua yang mahir ataupun tahu serba sedikit tentang ‘cyber security’, anda bolehlah menunjukkan hantaran ini kepada golongan yang mungkin kurang arif tentang bahaya di dunia maya ini.
Saya juga telah ‘tag’ PDRM Trafik di laman X (Twitter) mengenai perkara ini agar mereka boleh memaklumkan kepada orang ramai.
Sentiasa berjaga-jaga.
Terima kasih.