Betul dia cuma kerani belum dapat tauliah tapi jangan perlekeh, peguam ini pertahan Fathia Latiff.
Saya rasa saya perlu back up Fathia Latiff. Saya tak suka melihat Fathia dibuli oleh legal fraternity. Bergelar peguam bertauliah bukan lesen untuk memandang rendah kepada orang lain.
Fathia ada degree undang-undang dari UiTM. Kalau tak silap saya, Fathia habiskan BLS pada Disember 2014. Cuma Fathia belum sambung another one year untuk degree LLB. Betulkan saya jika saya salah.
Untuk menjadi peguam bertauliah, requirement Majlis Peguam ialah wajib ada degree LLB. Pada tahun 2014 tu, tak semua pelajar BLS di UiTM automatik layak untuk sambung LLB.
Jika tak layak sambung LLB, fakulti akan nasihatkan agar pelajar tersebut cari pengalaman bekerja dalam industri terlebih dahulu. Selepas dapat pengalaman, boleh cuba apply semula untuk sambung program LLB.
Saya rasa ini yang Fathia sedang buat sekarang. Dia bekerja sebagai kerani di firma guaman untuk dapatkan pengalaman. Kelak dia boleh apply untuk sambung LLB di UiTM. Betulkan saya jika saya salah.
Jadi kerani di firma guaman bukanlah hina. Lebih-lebih lagi Fathia ada background undang-undang. Memang syoklah kalau firma guaman dapat kerani macam Fathia. Dia akan jadi kerani yang boleh faham substance and purpose setiap dokumen.
Bukan semata-mata kerani yang kerja copy paste, print dan fotostat.
Saya tidak kenal Fathia secara peribadi. Tapi Fathia berkawan dengan kawan-kawan saya. Ketika Fathia buat BLS, saya sedang buat LLB. Saya tahu Fathia ini bijak. Beauty with brain, memang tepat untuk menggambarkan Fathia.
Cuma mungkin masa kat law school dulu, Fathia sedang di puncak kerjayanya sebagai pelakon. So mungkin waktu tu dia sibuk dengan dunia lakonan, bukan sibuk dengan cita-cita nak jadi peguam.
Nevertheless sekarang Fathia sudah kembali ke arah bidang guaman. Ya betul, dia BELUM jadi peguam bertauliah. Dia cuma kerani. Tapi percayalah cakap saya, dia AKAN jadi peguam bertauliah suatu hari nanti. Mark my words.
Saya tak suka tengok Fathia dibuli. Saya pernah berada di tempat itu. Saya diperkecilkan oleh peguam-peguam senior. I was not welcomed into the profession.
Hanya kerana saya belum habis chambering. Hanya kerana saya belum Long Call.
Peguam-peguam yang mengata saya dulu, saya harap diorang dah nampaklah, di mana saya berdiri sekarang.
So kepada yang mengata Fathia sekarang, saya harap suatu hari nanti Fathia akan buktikan diorang salah. Pada hari Long Call Fathia nanti, mohon Fathia jemput saya juga. Saya nak hadiahkan jambangan bunga.