Instagram punya pasal, cemburu teruk tergamak cekik isteri hingga mati, dua anaknya trauma menangis.
Seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun di bandar Lucknow, negeri Uttar Pradesh mencekik isterinya hingga mati di hadapan dua anak mereka di dalam kereta.
Menurut polis, motif pembunuhan itu berpunca daripada pergaduhan disebabkan akaun Instagram mangsa.
Mangsa dilaporkan menyekat suaminya di platform itu, menyebabkan lelaki itu berburuk sangka.
Suspek percaya beberapa pengikut isterinya akan mengunjungi rumah mereka semasa ketiadaannya.
Semasa soal siasat, lelaki itu memberitahu bahawa dia meragui kesetiaan isterinya lalu membunuhnya.
Menurut polis, kejadian berlaku pagi Ahad lalu ketika pasangan itu dan anak-anak mereka memulakan perjalanan ke Rae Bareli.
Bagaimanapun, daripada menggunakan laluan biasa, lelaki itu melencongkan keretanya ke Lebuh Raya Purvanchal.
Selepas pembunuhan itu, anak-anak mereka yang trauma menangis apabila tertuduh mengunci dirinya di dalam kereta.
“Pasangan itu tinggal di kawasan Para di Lucknow bersama anak perempuan mereka berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki berusia lima tahun,” kata polis.
Mayat wanita itu telah dihantar untuk bedah siasat.