Realtime website trackingweb stats

Jet menjunam dari langit, ketika jasad lain berkecai, ini keadaan jenazah penunggang pekerja p-hailing

Oleh ADINDA

Jet menjunam dari langit, ketika jasad lain berkecai, ini keadaan jenazah penunggang pekerja p-hailing.

Biarpun kurang sempurna, jenazah pekerja p-hailing yang maut susulan nahas jet persendirian terhempas di Shah Alam, Selangor semalam, dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap.

Perkembangan itu dimaklumkan Norhikmah Muhammad Salleh, 26, adik kepada penunggang motosikal p-hailing yang dilaporkan maut dalam kejadian terbabit.

Norhikmah berkata, dia sekeluarga ketika ini masih menunggu prosedur bedah siasat hospital.

“Kami sekeluarga dimaklumkan pengecaman jenazah abang, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sukar dilakukan kerana wajahnya kurang sempurna, tetapi dikatakan anggota badan masih lengkap.

“Setakat ini, ibu, abah dan abang saya lagi seorang sudah memberikan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada jam 3.45 pagi tadi. Ia bagi membolehkan proses bedah siasat dimulakan.

Jet menjunam dari langit, ketika jasad lain berkecai, ini keadaan jenazah penunggang pekerja p-hailing.Biarpun kurang sempurna, jenazah pekerja p-hailing yang maut susulan nahas jet persendirian terhempas di Shah Alam, Selangor semalam, dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa keluar mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam malam tadi.

“Mereka ketika ini, berada di auditorium hospital (Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor) bersama waris mangsa yang lain untuk mendengar taklimat daripada pihak berkaitan,” katanya.

Muhamad Hafiz adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Jet peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Jet menjunam dari langit, ketika jasad lain berkecai, ini keadaan jenazah penunggang pekerja p-hailing.Biarpun kurang sempurna, jenazah pekerja p-hailing yang maut susulan nahas jet persendirian terhempas di Shah Alam, Selangor semalam, dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa keluar mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam malam tadi.

Sementara itu, Norhikmah berkata, dia sekeluarga masih belum berpeluang melihat jenazah Muhamad Hafiz, selain mengakui akan menghormati sebarang keputusan dimuktamadkan pihak berkuasa.

“Kami sekeluarga masih menunggu keizinan pihak hospital (untuk menatap jenazah Muhamad Hafiz) tetapi reda jika tidak berpeluang untuk berbuat demikian.

“Kalau dapat buka (kafan jenazah) sekalipun, mungkin kami akan beri peluang kepada keluarga sahaja untuk menatap arwah abang buat kali terakhir,” katanya yang juga suri rumah.

Baca:

Ingat dapat ayam McD rupanya roti sahaja, murid kecewa discam jabatan pendidikan negeri

Wajib tahu lokasi kedai nasi kandar jual pakej sekali ulat, mujur ‘kak long’ ni tolong dedah

Nyawa di hujung pedang, profesor ini cerita detik ngeri lelaki nyaris dipancung di tepi kubur rupanya pernah berlaku