Realtime website trackingweb stats

Wajib tahu lokasi kedai nasi kandar jual pakej sekali ulat, mujur ‘kak long’ ni tolong dedah

Oleh ADINDA

Wajib tahu lokasi kedai nasi kandar jual pakej sekali ulat, mujur ‘kak long’ ni tolong dedah.

Pasti banyak kes di mana kita mendengar makanan yang mempunyai ulat. Situasi ini sering berlaku di kedai jenis mamak dan kedai-kedai makan yang terlihat kotor.

Baru saja tular sebuah video di tiktok @theonlywawa4 di mana memperlihatkan situasi mereka yang sedang makan dan ketika hampir habis makanan tersebut mereka terlihat ulat dalam nasi kandar yang dimakan tersebut.

Pemilik rakaman dipuji kerana di akhir video memberitahu kedai tersebut dan ternyata kedai tersebut merupakan foodtruck yang terletak di Taiping.

“nasik kandaq food truck viral tupai dulu tadak kedai.skg ada kedai rasa pun kelaut..”

“dia mmg ada kedai kat Taman pertama”

Di ruangan komen pula ramai yang tahu kedai tersebut dan merasa trauma melihatkan situasi dalam video tersebut.

“Tudia nasi kandaq lori tupai. Jemmm. Tak makan dah lepas ni”

“weh. aku tiap kali g tupai. wajib singgah sini.. aku tak p dah lepas ni”

“ayam2 lauk2 dkt kedai mamak aku dah x mkan dah sejak ada kejadian ulat masa tu…aku mkan roti2 je”

“ouhh kt sini ke. selalu nmpk story jofliam p tiap kali balik taiping. bru cdg nak p mkn.. ptong selera”.

Baca:

Private Jet terhempas di Bandar Elmina, netizen rakam mayat terbakar

Akibat ketua tak utamakan hasil kerja, ini senarai 9 negara paling banyak pekerjanya pura-pura sibuk

Nampak happy je, betul ke Ira Kazar dah hamil? Ini penjelasan Datuk Yusof Haslam