Realtime website trackingweb stats

Dapat Pizza Hut percuma, pempengaruh ini kena ‘prank’ yang ‘best’ dengan mesin gedegang

Oleh ADINDA

Dapat Pizza Hut percuma, pempengaruh ini kena ‘prank’ yang ‘best’ dengan mesin gedegang.

Pernah jadi mangsa prank atau jadi tukang prank orang? Wah, nakal eh! Tapi siapa yang tak triggered bila kena prank kan? Malu ada, terhibur pun ada!

Biasa kita dengar member je kena prank. Kali ni influencer pulak. Dengar cerita, influencer ni kena prank dengan vending machine di Pizza Hut. Orang kita panggil ia mesin gedegang.

Eh, ada vending machine pelik depan Pizza Hut?

Serius la? Sebelum ni mana ada vending machine depan Pizza Hut. Tiba-tiba je ada. Kan pelik tu!

Selepas netizen kecoh pasal vending machine tu, salah seorang influencer Malaysia yang popular dengan video lawak di media sosial iaitu Faiz Dickie terus pergi Pizza Hut.

Ternampak kelibat, bentuknya macam..

Haa.. Tiba-tiba dah macam cerita seram. Faiz Dickie ternampak ada kelibat masuk vending machine depan Pizza Hut. Tapi kelibat tu bentuknya macam polar bear.

Curious jugak nak tahu ni. Faiz Dickie pun pergi usha vending machine depan Pizza Hut tu. Dia pun try dan tekan pilihan yang ada. Korang tahu apa yang keluar?

Tiba-tiba ada tangan polar bear yang muncul!

Surprise! Ingatkan minuman tin Coca-Cola keluar, tapi tangan polar bear rupanya. Siap bagi pizza pulak tu. Siapa tak terkejut kena prank macam ni di Pizza Hut. Kalau kuat melatah, mesti lagi terhibur woi.

Tengok tu! Ada maskot polar bear ikonik Coca-Cola sembunyi dalam vending machine. Ewah, main sembunyi-sembunyi pulak dia eh. Nasib baik maskot polar bear ni comel tau.

Rupa-rupanya maskot polar bear ni akan menyampaikan hadiah seperti Cola Pizza baharu, merchandise Coca-Cola dan baucar Pizza Hut melalui vending machine Coca-Cola di Pizza Hut. Paling surprise, semua ni korang akan dapat secara random tau. Seronoknya!

Boleh cuba vending machine “Cola Pizza Happiness Machine” di Pizza Hut Sunway Pyramid sekarang!

Vending machine Coca-Cola di Pizza Hut ni dipanggil “Cola Pizza Happiness Machine“. Korang dapat enjoy nikmati pizza baharu, Cola Pizza bersama vending machine ni. Yay!

Tak sabar nak cuba vending machine “Cola Pizza Happiness Machine“? Jom ke Pizza Hut Sunway Pyramid bermula 17 hingga 20 Ogos 2023. Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya guys!

17-18 Ogos: 1PM – 6PM
19-20 Ogos: 12PM – 5PM

Eh, kejap! Rasanya dari tadi kami sebut Cola Pizza. Korang mesti baru kali pertama dengar nama pizza baharu ni kan?

Jom cuba pizza terbaharu Hawaiian Cola Pizza, gabungan terunggul Pizza Hut x Coca-Cola!

Peminat pizza mesti nakkan pizza yang sedapnya padu. So, korang wajib try Cola Pizza, gabungan produk asli Pizza Hut dan Coca-Cola. Ini la masanya untuk korang nikmati pengalaman rasa baharu yang hebat!

Apa yang special dengan Cola Pizza? Ini la hidangan pizza dengan sos khas yang dihasilkan daripada soda Coca-Cola. Kombinasi rasa yang sedap bersama percikan Coca-Cola. Memang kaw habis!

Pizza macam ni nampak kreatif kan? Lagipun memang ramai suka Pizza Hut dan Coca-Cola. Bayangkan korang boleh enjoy kedua-dua perisa dalam satu hidangan yang menyelerakan. Terliur beb!

Dah teruja sangat ke tu? Macam mana la agaknya rasa Cola Pizza baharu ni. Tak makan sendiri mana la nak tahu kan?

Dah tu, tunggu apa lagi? Jom kita ke Pizza Hut sekarang. Ia juga boleh dipesan secara online melalui aplikasi Pizza Hut. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan korang untuk mencubanya okay?

Baca:

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik

Sanggup swap Iphone 14 pro max dengan proton wira, berbaloi habis

Pemakanan jadi faktor, ketahui negara paling ramai lelaki botak di dunia