Realtime website trackingweb stats

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik

Oleh ADINDA

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik.

Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi.

Malah, untuk pengetahuan pembaca, diktator Jerman era Nazi iaitu Adolf Hitler juga salah seorang individu yang mengagumi Charlie Chapman.

Bahkan ada sumber mengatakan bahawa Hitler mengambil imej misai kontot daripada imej Charlie Chaplin.

Pelakon era filem bisu ini dilahirkan pada 16hb April 1889 di East Street, Walworth, England. Chaplin mula membuat debut dalam bidang perfileman apabila muncul dalam filem bisu hitam putih pada tahun 1914 iaitu Kid Auto Races at Venice setelah berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1910. Sejak daripada itu, Chaplin mula mencipta nama dalam bidang perfileman Hollywood.

Filem-filem lakonannya sentiasa mendapat sambutan kerana sering diserikan dengan lakonan komedi splastik, gerak badan yang sinis, dan kekadang mengandungi mesej-mesej kritikan kepada parti dan individu tertentu. Maka, tidak melampau jika menobatkan Chaplin sebagai trendsetter industri perfileman Hollywood ketika itu.

Sebenarnya, kali ini penulis sebenarnya bukan mahu bercerita mengenai autobiografi Charlie Chaplin. Penulis sebenar-benarnya ingin berkongsi mengenai satu footage daripada filem lakonan dan arahan Chaplin iaitu The Circus yang diterbitkan pada 1928.

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik.Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi.
Poster filem The Circus lakonan Charlie Chaplin

Footage daripada filem yang pernah menobatkan Charplin sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Akademi Pertama pada 1929 memaparkan seorang perempuan yang agak berumur seolah-olah memegang sesuatu ke telinga kirinya. Footage itu bergitu mengejutkan kerana ia seolah-olah perempuan itu sedang bercakap telefon bimbit dengan seseorang.

Untuk pengetahuan pembaca, telefon bimbit pertama kali dikeluarkan adalah telefon bimbit keluaran syarikat Motorola pada awal tahun 1940-an, itupun dengan saiz sebesar lengan lelaki dewasa.!

Footage yang mula dikeluarkan di laman pengkongsiaan Video, Youtube oleh seorang lelaki bernama Clark. Beliau sendiri bergitu teruja dengan apa yang beliau lihat daripada footage tersebut.

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik.Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi.
Perhatikan elok-elok apa yang dibuat dengan tangan kirinya di telinga
Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik.Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi.
Perhatikan dan fikirkan apa yang dibuat oleh perempuan berbaju hitam ini.
Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik.Kenal dengan Charlie Chaplin? Penulis pasti ramai yang kenal dengan pelakon era 1920-an ini. Pelakon yang popular dengan imej misai kontot ini telah menjadi idola ramai pelakon terkenal Hollywood seperti Steve McQueen, John Travolta dan ramai lagi.
Misteri perempuan ini mirip misteri yang menyelubungi Babuska Lady ketika J.F Kennedy ditembak

Berikut adalah sebahagian daripada komentar daripada Clark yang sempat penulis dengar;

“I have studied this film over a year now-showing it to over 100 people and at a film festival, yet no one can give any explanation as to what she is doing.”

Sambung Clark lagi;

“My only teory-as well as any others is simple, a time traveler on a mobile phone.”

Di sebalik pembikinan filem ini, Chaplin mengalami beberapa rintangan sehinggakan beliau pada satu tahap ingin memberhentikan penggambaran filem ini. Sebahagian daripadanya bagaikan sesuatu yang misteri. Antara halangan dan rintangan yang beliau alami adalah:

1. Kebakaran secara misteri di set penggambaran. Beliau rugi berpuluh dollar akibat kebakaran tersebut.

2. Kematian Ibu Chaplin sendiri hampir meruntuhkan semangat juangnya dalam bidang perfileman.

3. Penceraian dengan isterinya,Lita Grey membuatkan Chaplin semakin hilang kawalan dan tertekan.

4. Kemuncaknya adalah apabila Internal Revenue Service(IRS) telah menuntut Chaplin supaya membiayai cukai pendapatannya dan akhirnya menyebabkan filem The Circus terpaksa dihentikan penggambaran selama 4 bulan.

Footage daripada filem The Circus ini mengundang pelbagai kontroversi. Umum mengetahui bahawa Chaplin adalah penyokong sayap kiri dalam arena politik.

Malah, Chaplin pernah diperhatikan gerak-gerinya oleh FBI kerana dikatakan menyokong ramai aktivis politik sayap kiri terutama yang beraliran Sosialis. Pernah satu ketika Chaplin disyaki menyokong agen-agen Komunis di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Chaplin sendiri. Chaplin yang dikatakan terguris kerana diperlakukan bagaikan musuh negara oleh kerajaan Amerika telah berpindah dan menetap di negara berkecuali iaitu Switzeland.

Beliau menghabiskan sisa-sisa hayatnya di rumah agamnya di Switzeland sehingga menghembus nafas terakhir pada 25hb Disember 1977.

Mungkin bahawa footage dalam filem ini merupakan salah satu propaganda Chaplin yang dikatakan berhaluan kiri itu.

Ramai pengkaji mengetahui dan sedar bahawa teknologi kebiasaannya digunakan terlebih dahulu oleh unit ketenteraan sebelum tersebar kepada masyarakat.

Mungkinkah Chaplin telah disogok untuk menggunakan pengaruh namanya dalam layar perak untuk ‘memberitahu’ bahawa telefon bimbit telah pun digunakan pada waktu itu oleh agen-agen tentera.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah sekadar satu teori sahaja. Footage misteri ini tidak diketahui bahawa ia dilakonkan atau diambil secara rambang untuk tujuan penggambaran. Ia masih dalam kajian.

Baca:

Sanggup swap Iphone 14 pro max dengan proton wira, berbaloi habis

Lama menyepi, rupanya ini yang Fatiya Latiff buat sekarang, betul-betul beauty with brain

Lelaki miliki hobi terpaling mahal, 30 tahun keluar masuk hutan