Realtime website trackingweb stats

70,000 penonton terkinja-kinja di tapak purba, orang Itali anggap konsert ini punca gempa bumi

Oleh ADINDA

70,000 penonton terkinja-kinja di tapak purba, orang Itali anggap konsert ini punca gempa bumi.

Konsert penyanyi Travis Scott yang berlangsung di Itali baru-baru ini didakwa sebagai pencetus terjadinya kejadian gempa bumi yang mengakibatkan 60 orang awam cedera.

Menurut laporan berita antarabangsa, CNN, selain faktor semula jadi, masyarakat setempat berpendapat bahawa gempa bumi tersebut berpunca daripada tindakan 70,000 penonton yang melompat-lompat sewaktu menyaksikan konsert penyanyi berusia 32 tahun itu.

“Gegaran terjadi selepas puluhan ribu penonton melompat-lompat sewaktu menonton konsert Scott, terutama ketika penyanyi itu memperkenalkan tetamu undangannya iaitu Kanye West,” tulis laporan CNN.

Konsert yang berlangsung di tapak bersejarah, Colosseum itu sekali gus menyebabkan pihak berkuasa tempatan melarang penganjurang sebarang bentuk acara muzik pada masa akan datang.

“Selepas ini, tiada lagi penganjuran konsert yang akan di adakan di tapak bersejarah ini (Colosseum),” ujar seorang pegawai tempatan.

Baca:

Seramnya bunyi ketukan bertalu-talu dari bawah tanah, tapi bukan ancaman gempa atau tanah runtuh

Warga emas dedah suami OKU kena game oleh petugas SPR, lain disuruh lain yang dipangkah

Pendakwah influencer luar negara iktiraf Malaysia negara terbaik belajar Islam