Realtime website trackingweb stats

Zarah mikroplastik dalam tisu jantung, penemuan kali pertama ini membimbangkan saintis

Oleh ADINDA

Zarah mikroplastik dalam tisu jantung, penemuan kali pertama ini membimbangkan saintis.

Mikroplastik yang terkandung di dalam pembungkus makanan dan cat ditemui pada jantung manusia dalam penemuan kali pertama yang membimbangkan para saintis.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Chemical Society, penemuan itu dibuat oleh pasukan saintis dari Hospital Beijing Anzhen di China dengan menganalisis tisu jantung 15 pesakit yang menjalani pembedahan kardiovaskular.

Mikroplastik berukuran kurang 5 milimeter lebar atau kira-kira sebesar pemadam pensel itu boleh memasuki tubuh manusia melalui mulut, hidung dan rongga badan lain.

Dr. Kun Hua, Dr. Xiubin Yang dan pasukan mereka ingin mengenal pasti sama ada zarah mikroplastik boleh memasuki sistem kardiovaskular manusia menerusi pendedahan secara langsung dan tidak langsung.

Pasukan itu mengumpul tisu jantung pesakit serta sampel darah daripada semua peserta.

Ketika menganalisis, mereka mengesan puluhan hingga ribuan kepingan mikroplastik dalam kebanyakan sampel tisu jantung dan menemuinya di dalam semua sampel darah.

Zarah mikroplastik dalam tisu jantung, penemuan kali pertama ini membimbangkan saintis.Mikroplastik yang terkandung di dalam pembungkus makanan dan cat ditemui pada jantung manusia dalam penemuan kali pertama yang membimbangkan para saintis.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Chemical Society, penemuan itu dibuat oleh pasukan saintis dari Hospital Beijing Anzhen di China dengan menganalisis tisu jantung 15 pesakit yang menjalani pembedahan kardiovaskular.

Mikroplastik berukuran kurang 5 milimeter lebar atau kira-kira sebesar pemadam pensel itu boleh memasuki tubuh manusia melalui mulut, hidung dan rongga badan lain.

Dr. Kun Hua, Dr. Xiubin Yang dan pasukan mereka ingin mengenal pasti sama ada zarah mikroplastik boleh memasuki sistem kardiovaskular manusia menerusi pendedahan secara langsung dan tidak langsung.

Pasukan itu mengumpul tisu jantung pesakit serta sampel darah daripada semua peserta.

Ketika menganalisis, mereka mengesan puluhan hingga ribuan kepingan mikroplastik dalam kebanyakan sampel tisu jantung dan menemuinya di dalam semua sampel darah.

Mikroplastik ditemui di dalam tiga bahagian jantung berbeza termasuk poli (metil metakrilat), iaitu plastik yang biasa digunakan sebagai alternatif tahan pecah kepada kaca.

Polietilena tereftalat yang digunakan dalam bekas makanan dan pakaian, serta polivinil klorida (PVC) yang terkandung dalam bingkai tingkap, paip saliran dan cat turut ditemui.

“Penemuan ini amat membimbangkan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menyiasat bagaimana ia memasuki tisu jantung dan potensi kesan terhadap perubatan selepas pembedahan jantung,” demikian menurut kesimpulan pasukan itu.

Baca:

Dah macam rupa watak siri manga Demon Slayer, rupanya ini punca Ayu ada tiga ‘mulut’

Ramai suka naik lif dan berkenderaan jarak dekat, ketahui rahsia panjangkan hayat tanpa keluar sesen pun

Dah 4 tahun kahwin baru tahu suami bukannya tentera berpangkat sarjan, rupanya ini punca penyamaran jadi kantoi