Realtime website trackingweb stats

Meninggal dunia hari Jumaat 24 jam selepas ucap syahadah, kisah warga emas sebatang kara ini mengharukan

Oleh ADINDA

Meninggal dunia hari Jumaat 24 jam selepas ucap syahadah, kisah warga emas sebatang kara ini mengharukan.

Demi menunaikan impian agar jenazah diuruskan di dalam masjid, seorang lelaki rela keluar dari agamanya untuk memeluk Islam.

Siapa sangka, warga emas berkenaan kemudian menghembuskan nafas terakhirnya selepas 24 jam mengucapkan dua kalimah syahadah.

Difahamkan, lelaki yang berusia 60 tahun itu hidup sebatang kara dan bekerja di sebuah pasar raya untuk menampung perbelanjaan harian.

Selama mencari rezeki di pasar raya, lelaki yang sudah lanjut usia itu rupa-rupanya sering dikelilingi dengan rakan sekerja beragama Islam.

Tidak hanya menerima layanan yang baik, lelaki tua berkenaan sudah dianggap seperti ahli keluarga oleh rakan sekerjanya itu.

Tahap kesihatan lelaki yang bernama Anthony Mark Wainwright itu kemudian menurun dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketika itu, barulah Anthony sedar bahawa hayatnya tidak lagi panjang setelah pakar perubatan mengesahkan dirinya menghidap penyakit kanser.

Terlantar di katil hospital, Anthony mula menyatakan hasrat kepada rakan sekerjanya agar jenazahnya nanti diuruskan di dalam masjid selepas meninggal.

Menerangkan keadaan sebenar, rakannya menjelaskan bahawa hasrat itu tidak dapat ditunaikan kerana Anthony masih belum memeluk agama Islam.

Setelah mendengar penjelasan itu, Anthony segera memohon agar rakannya itu memimpinnya untuk mengucapkan dua kalimah Syahadah.

Pada hari Jumaat iaitu selepas 24 jam memeluk Islam, Anthony yang berasal dari Birmingham, England itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Hasratnya tercapai, jenazah milik Anthony akhirnya diuruskan oleh para kakitangan Green Lane Masjid and Community Centre.

Mengagumkan, pengebumian jenazah Anthony telah dihadiri oleh puluhan penduduk Green Lane, Birmingham yang beragama Islam.

Kisah penghijrahan Anthony itu turut dikongsi secara meluas di media sosial bersama rakaman yang memaparkan ungkapan dua kalimah syahadah olehnya.

Baca:

Benda boleh gaduh buat apa mengalah, tak pasal-pasal cedera gara-gara berebut petak parkir

Sudahlah sakit hati, badan pula diseret kereta, suami curang ini saksi skandal sendiri langgar

14 ular hidup cuba diseludup, seekor rupanya disorok dalam seluar, reaksi gugup lelaki ini punca kantoi