Realtime website trackingweb stats

Sebut tu biar peniaga faham, ‘style’ air dalam mangkuk ni hanya di KL dan kedai mamak

Oleh ADINDA

Sebut tu biar peniaga faham, ‘style’ air dalam mangkuk ni hanya di KL dan kedai mamak.

Bila sebut ‘Teh Ais Mangkuk’, pasti semua orang terbayangkan air teh ais itu berada dalam plastik ikat tepi dan diletakkan di dalam mangkuk.

Bagaimanapun seorang lelaki tidak menyangka pesanan yang dibuatnya di sebuah kedai di Kelantan, memberikan hasil yang berbeza.

Dalam satu rakaman video TikTok @gsfshww, sekumpulan sahabat ketawa besar apabila melihat salah seorang rakan mereka mendapat gelas berisi air teh diletakkan di dalam mangkuk.

Perkongsian video tersebut mengundang rasa geli hati netizen apabila melihat pesanan yang diterima lelaki itu. Siapa sangka pesanan ‘teh ais mangkuk’ menjadi ‘gelas berisi air teh diletakkan dalam mangkuk’.

Memetik portal World Of Buzz, pemilik akaun TikTok @gsfshww memberitahu bahawa ini adalah kali pertama mereka mengunjungi restoran itu dan mereka percaya penduduk tempatan di sana mungkin tidak biasa dengan istilah tersebut.

Ada netizen menyarankan apabila berada di tempat yang bukan biasa kita pergi, sebaiknya kita terangkan dengan jelas supaya tidak berlaku salah faham di antara pelanggan dan pekerja restoran sehingga menyebabkan pesanan yang diminta jadi lain daripada kebiasaan.

Baca:

Benda boleh gaduh buat apa mengalah, tak pasal-pasal cedera gara-gara berebut petak parkir

Sudahlah sakit hati, badan pula diseret kereta, suami curang ini saksi skandal sendiri langgar

14 ular hidup cuba diseludup, seekor rupanya disorok dalam seluar, reaksi gugup lelaki ini punca kantoi