Realtime website trackingweb stats

Sudahlah sakit hati, badan pula diseret kereta, suami curang ini saksi skandal sendiri langgar

Oleh ADINDA

Sudahlah sakit hati, badan pula diseret kereta, suami curang ini saksi skandal sendiri langgar.

Seorang wanita dilanggar dan diseret oleh kereta yang dipandu teman wanita suaminya dalam satu kejadian di Pekanbaru, Riau.

Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di kawasan letak kenderaan di sebuah hospital di sini.

Ketika itu, mangsa ternampak suaminya bersama wanita lain di dalam sebuah kereta.

Menyedari rahsianya terbongkar, si suami dan teman wanita yang panik segera menghidupkan enjin kereta dan melanggar mangsa yang cuba membuka pintu.

Akibatnya, mangsa terseret selama beberapa meter sebelum terjatuh.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami keceraan pada perut, tangan dan muka.

Dalam pada itu, polis Pekanbaru mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan keluarga mangsa sudah membuat laporan.

“Kami akan selidik kejadian itu dan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang ada di lokasi kejadian,” kata jurucakap polis, Berry Juana Putra.

Baca:

Oyen pun pandai tunggang agama, bukan main manja bertenggek atas kepala Tok Imam

Selepas tular bangunan ‘berhantu’ untuk FRU menginap hari mengundi, polis anggap wujud salah faham

Zuhud ke tak pendakwah selebriti naik kereta mewah termasuk vellfire, ini respons Ustaz Adnin