Realtime website trackingweb stats

14 ular hidup cuba diseludup, seekor rupanya disorok dalam seluar, reaksi gugup lelaki ini punca kantoi

Oleh ADINDA

14 ular hidup cuba diseludup, seekor rupanya disorok dalam seluar, reaksi gugup lelaki ini punca kantoi.

Seorang lelaki cuba menyeludup 14 ular dengan memasukkan reptilia itu di dalam poket seluarnya dan begnya, dalam usaha untuk melepasi pemeriksaan kastam sempadan antara Hong Kong dan China.

Daily Star melaporkan, muslihat lelaki itu terbongkar apabila wajahnya yang gugup disedari pihak berkuasa Kastam di Huanggang yang bersempadan China, menyebabkan pemeriksaan lanjut dilakukan terhadapnya.

Dalam kejadian di Pelabuhan Futian di Shenzhen, tenggara China itu, lelaki terbabit dikesan menyorokkan ular ke dalam seluarnya, selain di dalam beg.

Akibat gelabah, dia mengelak daripada bertentang mata dengan pegawai kastam.

Lelaki yang tidak dinamakan itu kelihatan sangat gugup sebelum kakitangan sempadan memeriksa begnya dan menemui koleksi ular yang dimasukkan di stoking panjang dan stoking pendek.

Sebanyak 14 ular ditemukan pihak berkuasa termasuk seekor terkeluar dari seluar lelaki berpakaian hitam dan bertopi putih itu.

Haiwan itu dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh pegawai kastam yang kemudiannya menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkaitan yang berada di sempadan.

Tiga daripada 14 ular itu adalah ball python juga dikenali sebagai ‘ular sawa diraja’, spesies ular hampir terancam yang disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Tidak diketahui apakah pertuduhan terhadap lelaki yang menyeludup ular itu di sempadan.

Undang-undang di China menjelaskan mana-mana haiwan yang diangkut masuk dan keluar dari negara itu mesti diperiksa dan dikuarantin sebelum ia boleh dilepaskan secara sah.

Ini bermakna 14 ular yang tidak berjaya diseludup melalui sempadan itu sebenarnya perlu mematuhi perintah kuarantin dan pemeriksaan seterusnya untuk mengelakkan penyakit.

Baca:

Selepas tular bangunan ‘berhantu’ untuk FRU menginap hari mengundi, polis anggap wujud salah faham

Medical card pun tak laku di unit kecemasan, lelaki dedah sebab buat ramai terkejut

Zuhud ke tak pendakwah selebriti naik kereta mewah termasuk vellfire, ini respons Ustaz Adnin