Medical card pun tak laku di unit kecemasan, lelaki dedah sebab buat ramai terkejut.
Perlindungan insurans serta medical card selalu menjanjikan jaminan rawatan akan diterima dalam kadar lebih cepat, selesa serta pengurangan kos. Namun serapi manapun seseorang membuat persediaan menghadapi dugaan kesihatan, tidak semuanya akan lancar seperti yang diharapkan.
Medical card tak cukup mahal
Semalam, seorang lelaki dengan akaun TikTok @Farqhan telah berkongsikan rasa terkilan bagaimana isterinya yang tidak sihat mendapat layanan buruk daripada sebuah pusat rawatan terletak di Ampang.
Jam 9 malam, dia membawa wanita itu ke unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan segera mengikut saranan doktor dari Larkin.
Selagi takde bilik kosong, kami takkan daftarkan GL apa semua
Sementara isterinya diperiksa, Encik Farqhan diberitahu bahawa katil 4 bedded (RM150) yang layak digunakan tidak mempunyai kekosongan.
Yang tinggal hanyalah bilik-bilik premium mencecah harga RM650. Dalam erti kata lain, insurans hanya cover sebanyak RM150 dan selebihnya perlu ditanggung menggunakan kos sendiri.
Malam semakin lewat, mereka cuma diberi pilihan untuk discharge dahulu dan datang semula apabila ada katil 4 bedded kosong. Sabar menunggu status kelulusan Guarantee Letter (GL), rupanya petugas di situ tidak hantarkan kepada pihak insurans.
Jam 4 pagi, geng pendaftaran bawa MO suruh halau patient & blah segera
Tidak dibenarkan menunggu di situ, mereka berdua terus didesak untuk discharge namun Farqhan bertegas untuk tunggu di situ demi keselamatan isterinya.
@farqhan.com sampai hati#CapCut ♬ Sad Piano Music Instrument – Musik Instrumen
Dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersihkan badan, isterinya menelefon dan berkata staf pusat rawatan itu telah menghalaunya pergi dari situ.
Akhirnya, Farqhan terpaksa membayar sekitar RM705 serta merta dan bil itu berasingan dengan bil-bil lain. Dari kejadian ini, dia menyarankan agar orang di luar sana mengambil pakej medical card lebih mahal bagi mengelakkan isu sebegitu berulang di masa hadapan.