Realtime website trackingweb stats

Selepas 16 tahun, foto senyum sinis depan rumah terbakar cecah harga yang mengejutkan

Oleh ADINDA

Selepas 16 tahun, foto senyum sinis depan rumah terbakar cecah harga yang mengejutkan.

Bagi anda yang sentiasa menghabiskan masa di media sosial, pasti anda akan sering terlihat lambakan meme di status mahupun di ruangan komen.

Baru-baru ini, sebuah pemilik meme yang popular, Zoë Roth atau lebih dikenali sebagai “Disaster Girl” telah menjual meme tersebut sebagai NFT dengan nilai 180 Ether atau bersamaan lebih daripada RM2 juta.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa wang yang diterima itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman pengajian dan didermakan kepada badan amal.

Dengan ini, secara tidak langsung Roth mempunyai hak pada meme tersebut dan akan menerima 10% hasil jualan NFT pada masa hadapan.

Selepas 16 tahun, foto senyum sinis depan rumah terbakar cecah harga yang mengejutkan. Bagi anda yang sentiasa menghabiskan masa di media sosial, pasti anda akan sering terlihat lambakan meme di status mahupun di ruangan komen. Baru-baru ini, sebuah pemilik meme yang popular, Zoë Roth atau lebih dikenali sebagai "Disaster Girl" telah menjual meme tersebut sebagai NFT dengan nilai 180 Ether atau bersamaan lebih daripada RM2 juta.

Buat pengetahuan, meme yang dimiliki Roth itu adalah gambar yang diambil oleh ayahnya pada tahun 2005 dimana beliau senyum sinis sementara di hadapannya terdapat rumah terbakar.

Jika anda seorang pencipta meme yang hebat, mungkin anda turut boleh mencuba untuk menjual hasil tersebut dan jadikannya sebagai NFT.

Baca:

Ketawa imbas zaman darah tengah panas, Awie berterima kasih kepada dua pengarah ini

Lelaki tikam kekasih, pancitkan tayar, pecahkan cermin gara-gara cinta diputuskan tengan jalan

Pasangan kena serbu jabatan agama lepas insiden bayar tapi tak makan, rupanya ini yang berlaku