Realtime website trackingweb stats

Selepas Fyna kahwin dengan bekas jurulatih bola sepak, Ayda Jebat lama tak dapat hubungi adik sendiri

Oleh ADINDA

Selepas Fyna kahwin dengan bekas jurulatih bola sepak, Ayda Jebat lama tak dapat hubungi adik sendiri.

Penyanyi Ayda Jebat, 31, mengakui adiknya, Fyna tidak dapat dihubungi sejak tiga bulan lalu, selepas kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan sejak Mei.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat juga tidak menolak emosi adiknya mungkin terganggu dan memilih menghilangkan diri untuk bertenang.

“Fyna menghilangkan diri. Tidak jawab telefon dan mesej. Mungkin dia mahu bertenang.

“Saya tak terkejut sebab itu memang cara dia.

“Fyna ada hubungi saya dua bulan lalu namun saya sedang sibuk menjalani penggambaran. Lepas itu dia senyap,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran produk minuman kesihatan Aura White Beauty hari ini.

Namun begitu, Ayda tahu adiknya itu dalam keadaan baik-baik sahaja walaupun tidak lagi saling berhubung.

“Bekas suaminya seorang legenda, dikenali. Dia tahu nak kawal keadaan.

“Fyna pula tak biasa dengan media dan warganet. Dia mungkin sedang cuba lari atau cuba untuk faham situasi. Saya tak pasti.

“Saya tahu tahap kritikal dia. Kalau kritikal, dia akan cari saya. Jika tidak, dia okey,” tambahnya.

Mengakui keluarga turut terkesan dengan berita rumah tangga Fyna, namun masing-masing reda dan merasakan apa yang terjadi adalah lebih baik untuk semua pihak.

“Keluarga semestinya terkesan. Namun Fyna pilih jalan itu. Sebagai keluarga kami terima kemahuan dan pilihannya.

“Saya harap benda yang jadi ini terbaik untuknya dan orang sekeliling yang terkesan dengannya,” kata Ayda.

Terdahulu, Fyna Jebat mencuri tumpuan apabila dikatakan berkahwin senyap-senyap dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Januari.

Ketika itu, Zainal masih mempunyai ikatan perkahwinan dengan isterinya, Datin Zalina Zaini dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Namun, anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah memaklumkan kedua-dua pasangan itu sudah bercerai awal Mei tahun ini.

Baca:

Haiwan pun faham muafakat membawa berkat, makanan bernutrisi dapat, ‘selebriti Zoo Negara’ ini bakal dapat pasangan

Untunglah wajah iras Siti Nurhaliza, ibu dua anak ini sudah lali jadi perhatian di khalayak ramai

Benda boleh bertumbuk kenapa nak serah elok-elok, pemuda ini dapat ‘hadiah’ sejurus bangun tidur