Realtime website trackingweb stats

Kadang dah biasa buat boleh pula lupa, ini kisah tragis lelaki yang berjaya buat 800 kali terjunan

Oleh ADINDA

Kadang dah biasa buat boleh pula lupa, ini kisah tragis lelaki yang berjaya buat 800 kali terjunan.

Ivan McGuire, Penerjun Profesional Yang Maut Selepas Terlupa Membawa Parasut.

Ivan Lester McGuire, berusia 35 tahun berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat. Lelaki ini adalah penerjun terulung yang telah melompat sebanyak 800 kali dengan jayanya. Namun pada 2 April 1988, telah menjadi hari terjunannya yang terakhir.

Pada hari itu dia melakukan terjunan yang agak berbeza kerana untuk pertama kalinya dia akan merakam sendiri aksi terjunannya. Pada zaman sekarang cukup mudah rakaman dilakukan hanya dengan meletakkan kamera go-pro di kepala atau badan kita.

Namun 30 tahun yang lalu, teknologi pastinya amat berbeza. Untuk melakukannya, peralatan kamera yang cukup rumit diikatkan pada tubuhnya menggunakan tali pinggang. Pada masa itu, merakam aksi terjunan sendiri sudah tentu masih jarang bahkan mungkin belum pernah dilakukan.

Setelah pesawat mencapai ketinggian tertentu, Ivan bersama rakannya yang lain melompat dari dalam pesawat. Dia merakam aksi rakannya seorang demi seorang berhasil menarik parasut mereka hingga terbuka.

Namun begitu, ketika dia mahu melakukan hal yang sama dan ingin meraih tali yang biasanya berada di sebelah kanannya, tidak berjaya.

Saat itu baru dia tersedar yang dirinya melompat dari pesawat dengan ketinggian hampir 3000 meter tanpa membawa parasut.

Ivan semakin panik ketika tubuhnya itu semakin dekat menghentam tanah dengan kecepatan 250 kilometer per jam. Akhirnya tubuh Ivan ditemukan berkecai didalam hutan.

Apa yang menimpa Ivan kemudian dianggap sebagai kemalangan oleh pasukan polis yang menjalankan siasatan. Boleh jadi kerana rumitnya peralatan yang dia pakai dan juga gugup kerana ini pertama kalinya dia akan membawa peralatan merakam hingga dia terlupa untuk menyiapkan benda terpenting iaitu parasutnya sendiri.

Ketika dia masuk ke dalam pesawat, sebenarnya sudah ada peraturan dari FAA (persekutuaan penerbangan di Amerika) bagi juruterbang untuk memastikan semua penerjun memakai parasut sebelum memasuki pesawat.

Ivan mengikat kamera ke badannya dan oleh kerana parasut itu berbentuk seperti beg galas dengan tali di depan lengannya, juruterbang menganggap itu adalah benda yang sama.

Rakan-rakan Ivan yang berada di dalam pesawat bersamanya tidak ada yang menyedari bahawa lelaki malang itu sebenarnya masih belum memakai parasutnya.

Mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing dan oleh kerana Ivan adalah penerjun profesional, mereka pasti menganggap Ivan takkan melupakan benda yang sangat penting itu.

Yang membuatnya makin tragis adalah, kamera yang dia gunakan untuk merakam masih berfungsi dalam keadaan baik. Rakamannya boleh dilihat di YouTube.

Disaat dia menyedari yang dirinya masih belum memakai parasut, dia hanya mampu berkata: “Oh my God, no!”

Baca:

Pelancong asing biasanya masuk hutan dan mendaki Gunung Tahan, lelaki Belanda ini pula teruja pergi masjid

Pakej semadi kucing siap kafan dan baca talkin, penyedia servis dikecam tunggang agama next level

Tak tahan masalah air lebih 30 tahun tak selesai, luahan isteri Syahmi Sazli buat penyokong Pas marah