Realtime website trackingweb stats

Influencer Rusia mati muda di Malaysia, rupanya ini yang dia makan buat kita fikir dua kali

Oleh ADINDA

Influencer Rusia mati muda di Malaysia, rupanya ini yang dia makan buat kita fikir dua kali. Menurut Ibu Zhanna, dia percaya bahawa kematian anak perempuannya itu adalah disebabkan oleh jangkitan seperti kolera.

Seorang influencer wanita diet makanan berasal dari Rusia yang dikenali sebagai Zhanna D’Art meninggal dunia pada 21 Julai lalu di Malaysia disyaki kerana diet melampau yang dilakukannya selama bertahun-tahun.

Menurut New York Post, Zhanna D’Art atau nama sebenarnya Zhanna Samsonova, 39, mula mecipta nama sebagai pempengaruh vegan susulan kerap berkongsi banyak video makan makanan vegan mentah di media sosial.

Rakan dakwa Zhanna 7 tahun hanya makan nangka dan durian

Apa yang mengejutkan, salah seorang rakannya mendakwa Zhanna selama tujuh tahun hanya memakan buah nangka besar dan durian sahaja.

Susulan itu, kebanyakan kenalan rapat Zhanna percaya bahawa pemilihan makanan ‘sihat’ melampau daripada pempengaruh itu menjadi penyebab kepada kematiannya.

Beberapa bulan sebelum kematian, rakan nampak Zhanna letih dan kaki bengkak

Selain itu, salah seorang rakan kepada Zhanna turut memberitahu beberapa bulan lalu dia melihat wanita mengamalkan diet melampau itu sangat letih dan kakinya bengkak semasa berada di Sri Lanka.

“Mereka menghantarnya pulang (Rusia) untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia melarikan diri lagi. Ketika saya melihatnya di Phuket, saya terkejut,” kata salah seorang rakannya.

Menurut rakannya itu lagi, dia sentiasa cuba meyakinkan Zhanna untuk pergi menerima rawatan, tetapi tidak berhasil.

Ibu Zhanna percaya sebab kematian anaknya adalah kerana jangkitan seperti kolera

Sementara itu, Ibu Zhanna percaya bahawa kematian anaknya adalah disebabkan oleh jangkitan seperti kolera.

Pun begitu, punca kematian Zhanna belum diketahui dan pihak keluarganya masih menunggu laporan perubatan dan sijil kematian yang akan menentukan sebab pempengaruh diet makanan itu meninggal dunia.

Diet makanan vegan mentah

Untuk info, diet makanan vegan mentah dapat memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti penurunan berat badan, peningkatan kesihatan jantung dan risiko diabetes lebih rendah.

Pun begitu, ia juga dapat mendatangkan kesan buruk seperti kekurangan kalsium dan Vitamin D jika diamalkan dengan cara keterlaluan serta tidak dirancang dengan baik, lapor Healthline.

Selain Zhanna, terdapat juga beberapa kes kematian akibat diet makanan vegan mentah ini.

Baca:

[VIDEO]Selepas dituduh menipu demi ‘content’, jawapan balas polis ini meremangkan bulu roma

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Label amaran bahaya dah ada di setiap batang rokok, nak juga kena penyakit tak tahulah