Realtime website trackingweb stats

Wanita trauma tengah gunting rambut, dirayu kata-kata lucah oleh tukang gunting

Oleh ADINDA

Wanita trauma tengah gunting rambut, dirayu kata-kata lucah oleh tukang gunting. Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, lelaki itu yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi, di sini, dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, IPD Ipoh, ASP Yap Siew Cheng ditalian 012-9093362.

Terdahulu, katanya, pihaknya telah terkesan satu isu tular di media sosial Facebook mengenai satu kes gangguan seksual yang dikongsi pemilik akaun Facebook bernama ‘Siti Hajar Ghazali’ yang mendapat perhatian masyarakat.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada pengadu, seorang wanita berumur 37 tahun, pada 2 Ogos di Balai Polis Jelapang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pengadu mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh suspek seorang lelaki warganegara asing yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi semasa anak lelakinya sedang digunting oleh suspek kira-kira jam 1.25 petang Selasa.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pengadu mendakwa suspek bercakap dalam bahasa Malaysia seorang diri, di samping telah mengeluarkan kata-kata lucah.
Kes didiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Baca:

Tak pernah ke luar negara, ‘akak’ panggil orang bangun sahur ini teruja kena serbu di KLCC

Vida terpaling anggun pakai gaun kembang persis Little Mermaid, buat tulang rusuk lelaki bergetar

Buat filem dilarang Islam, tapi Fizz Fairuz rayu tonton dulu baru nilai