Realtime website trackingweb stats

Manusia bertopengkan syaitan ini dera dan rogol 91 kanak-kanak, apa yang polis jumpa amat mengejutkan

Oleh ADINDA

Manusia bertopengkan syaitan ini dera dan rogol 91 kanak-kanak, apa yang polis jumpa amat mengejutkan. Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, lapor dpa.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Brisbane, Sydney dan luar negara di antara tahun 2007 dan 2022.

Lelaki berusia 45 tahun dari Gold Coast itu ditahan sejak Ogos 2022 apabila Polis Persekutuan Australia (AFP) menangkap dan mendakwanya dengan dua pertuduhan pada awalnya kerana menghasilkan bahan eksploitasi kanak-kanak manakala satu lagi pertuduhan menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk bahan pornografi kanak-kanak.

Selepas lelaki itu didakwa tahun lalu, AFP mendakwa mereka menemui bahan penderaan kanak-kanak yang dihasilkan sendiri pada peranti elektronik yang didakwa dimiliki oleh suspek.

AFP berkata, pihaknya telah mengenal pasti semua kanak-kanak dari Australia dalam video suspek dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk mengenal pasti empat kanak-kanak dalam video yang dirakamkan di luar negara.

Kes itu dijadualkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Brisbane pada 21 Ogos.

Baca:

Untunglah penjawat awam zaman Malaysia Madani ni, 10 Ogos nanti kerajaan beri RM300

Dari dunia artis ke politik, ini alasan penyanyi rap ‘hoi ya hoi’ buat ramai menyokong

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita