Realtime website trackingweb stats

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita

Oleh ADINDA

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita. Mattel Inc sewaktu di hari pertama Art Of Speed 2023 di MAEPS Serdang turut memperkenalkan kepada media dan pengunjung reka bentuk pembungkusan Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas itu.

Umum pasti mengetahui, pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan Proton bagi mengeluarkan model die-cast skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc, Steve Totzke kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

Sejak pengumuman itu, rata-rata rakyat Malaysia khususnya peminat Hot Wheels sudah menzahirkan keterujaan untuk memiliki model die-cast itu.

Terbaharu semalam, 29 Julai, Mattel Inc di acara Art Of Speed 2023 (AOS2023) di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang mengumumkan Hot Wheels Proton Saga itu dijangka dijual di lebih 150 negara pada Disember 2023.

Selain itu mereka juga akan melancarkan Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas pada 2024

Mattel Inc turut memperkenalkan kepada media dan pengunjung reka bentuk pembungkusan atau blister bagi Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas itu yang diambil dari pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels x Proton Kids yang diadakan awal tahun ini.

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita. Mattel Inc sewaktu di hari pertama Art Of Speed 2023 di MAEPS Serdang turut memperkenalkan kepada media dan pengunjung reka bentuk pembungkusan Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas itu.

Apa yang menariknya, reka bentuk pembungkusan itu dihasilkan oleh seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Pulau Pinang, Saw Jane Harn yang juga juara pertandingan anjuran Proton dan Mattel Inc.

Penghasilan model edisi khas ini sekaligus menjadikan Harn kanak-kanak pertama di dunia yang berjaya mengabdikan karya seni lukisan tangannya pada pembungkusan die-cast Hot Wheels.

“Selama lebih 50 tahun, Hot Wheels dikenali kerana menyemarak dan memupuk semangat sukakan cabaran dalam diri setiap kanak-kanak bagi membantu mereka mencapai potensi sebenar mereka,” kata Pengurus Besar Mattel Asia Selatan, Murat Ariksoy.

“Pasukan kami berhasrat untuk membawa pengalaman baharu dan mendebarkan untuk membangunkan kemahiran dan keyakinan kanak-kanak untuk mengharungi dunia dengan menggabungkan persaingan, eksperimen dan kreativiti. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Proton untuk mereka bentuk pertandingan ini yang memperkasakan generasi akan datang untuk berani katakan, ‘Cabaran Diterima!’ “

Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan, Murat Ariksoy.

Reka bentuk blister tersebut tampil dengan kombinasi warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan kuning selain paparan lukisan seperti Burung Kenyalang, bunga raya dan monumen seperti KLCC.

Menurut Ketua Pereka Proton, Azlan Othman yang juga salah seorang hakim bagi Pertandingan Rekaan Hot Wheels x Proton Kids, elemen-elemen Malaysia yang dipilih Jane Harn untuk reka bentuknya adalah contoh utama yang menunjukkan negara kita yang indah.

Selain Hern, dua lagi pemenang iaitu tempat kedua dan ketiga pertandingan ini dimenangi oleh Ezra Rehan Pal berumur 11 tahun dan Austin Goh Zi Hao juga berumur 11 tahun.

Mattel Malaysia turut memaklumkan, pertandingan tersebut telah menarik sejumlah 386 penyertaan dari kanak-kanak seluruh Malaysia.

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita. Mattel Inc sewaktu di hari pertama Art Of Speed 2023 di MAEPS Serdang turut memperkenalkan kepada media dan pengunjung reka bentuk pembungkusan Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas itu.

Proton Saga Merah

Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri contoh die-cast model Proton Saga yang sudah digilai peminat Hot Wheels negara selepas ia dipamerkan di AOS 2023.

Produk ini tampil dengan exterior berwarna merah, sama seperti protoip yang ditunjukkan pada tahun lepas.

Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas akan dilancar 2024, ramai terkejut bila tahu siapa penciptanya, malu kita. Mattel Inc sewaktu di hari pertama Art Of Speed 2023 di MAEPS Serdang turut memperkenalkan kepada media dan pengunjung reka bentuk pembungkusan Hot Wheels Proton Saga Edisi Khas itu.

Namun kali ini, ia dilihat telah menerima lebih banyak perincian baharu antaranya rim dual-tones iaitu hitam dan putih, cermin sisi dan juga pelekat jalur hitam serta tulisan SAGA di bahagian tepi model die-cast itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Setakat ini Mattel mengesahkan, model khas kereta nasional pertama ini hanya akan hadir dengan warna merah.

Pasti ramai yang tidak sabar nak lihat hasil sebenar die-cast ni bukan? Mesti lebih menarik jika ada banyak lagi model Proton yang akan dihasilkan oleh Hot Wheels kelak

Baca:

Pernah di ranking keempat di Asia, ini pekerjaan bekas pemain skuasy sekarang

Kantoi! Semua dia tapau siap jadi pengerusi pusat tahfiz, ini calon PRN ‘scammer detected’

Seorang baran, seorang lagi langgar privasi akhirnya melayang duit dua pemuda ini