Kantoi! Semua dia tapau siap jadi pengerusi pusat tahfiz, ini calon PRN ‘scammer detected’. Bethel Faith University tak wujud. Yang ada ialah Bethel University yang merupakan sebuah university Kristian swasta di Minesota, Amerika Syarikat.
Bethel Univerisity tidak menawarkan Diploma in Business Management. Mereka hanya menawarkan Bachelor of Science in Business Management. Tidak ada program diploma di Bethel University.
Bagaimana seorang bukan Islam boleh menjadi Pengerusi Pusat Tahfiz Al-Quran?
Beliau menjadi ahli persatuan polis dan tentera. Namun demikian kerjaya beliau langsung tidak menyenaraikan kerjaya samada sebagai polis atau tentera.
Beliau juga menggunakan gelar “Dr”. Saya tidak pasti ianya merujuk kepada kelulusan sebagai doktor perubatan atau doktor falsasafah. Kelulusan beliau hanyalah diploma, itu pun diploma yang dipertikaikan.
Terlalu banyak keraguan. Saya tak fikir ianya kebetulan