Realtime website trackingweb stats

Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat

Oleh ADINDA

Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan dari kerajaan kepada semua rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan RM100,000 kebawah.

Kredit e-tunai berjumlah RM100 itu akan memperuntukkan sekitar 1 bilion kepada lebih 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas dari golongan B40 dan M40.

Beliau juga menambah kerajaan melihat kejayaan sebelum ini yang menggunakan e-tunai sebagai sebuah inisiatif yang memberi impak kepada rakyat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan dari kerajaan kepada semua rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan RM100,000 kebawah.Kredit e-tunai berjumlah RM100 itu akan memperuntukkan sekitar 1 bilion kepada lebih 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas dari golongan B40 dan M40.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Baca:

Wanita terkejut beli burger dapat pakej ulat sampah ‘bergedik-gedik’ atas daging

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman

Bengang piza dipesan hilang 3 keping, wanita ini ragu-ragu selepas buat aduan