Wanita terkejut beli burger dapat pakej ulat sampah ‘bergedik-gedik’ atas daging. Seorang wanita terkejut apabila burger daging yang di beli sebuah perhentian Rehat dan Rawat (R&R) dipenuhi dengan ulat.
Menerusi hantaran video tersebut, wanita itu berasa hairan kerana dia baru sahaja membeli burger tersebut namun sudah berulat.
Bukan itu sahaja, puluhan ulat sampah dilihat sudah menghurungi dan berkeliaran di sebalik roti dan daging burger tersebut.
Kau tengok tu.. eiii nasib baik anak aku tak makan!
Dalam pada itu, wanita itu turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati ketika membeli makanan di R&R kerana mengesyaki peniaga berkenaan telah menjual makanan lama.
Hati-hati lah korang ye yang siniggah R&R tu, kalau nak beli makanan check lah betul-betul.
Bagaimanapun, sehingga kini wanita itu tidak mendedahkan atau menyebut lokasi R&R yang dinyatakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa jijik dengan sesetengah peniaga yang seolah-olah tidak ikhlas dalam berniaga dan hanya inginkan keuntungan.
Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah pihak yang mendakwa mungkin kejadian itu disebabkan oleh perbuatan sihir.