Realtime website trackingweb stats

Rakam dulu baru bertindak, ini kesudahan cerita anak ular senduk menyorok bawah badan budak

Oleh ADINDA

Rakam dulu baru bertindak, ini kesudahan cerita anak ular senduk menyorok bawah badan budak. Video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, adalah kejadian dua hari lepas dan ular itu telah berjaya ditangkap.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kanak-kanak tersebut juga dilaporkan selamat.

“Kejadian berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, Bagan Serai (Perak). Bomba menerima panggilan daripada pengasuh itu pada 11.28 pagi, 24 Julai lalu.

“Setibanya di tempat kejadian didapati seekor anak ular senduk berada di bawah kanak-kanak di ruang tamu. Tindakan segera anggota bomba memastikan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabarodzi berkata anggota telah menggunakan penyepit ular untuk menangkap ular senduk tersebut dan berjaya ditangkap serta dibawa ke lokasi yang sesuai dan dilepaskan,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 19 saat memaparkan seekor ular senduk menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring di ruang tamu.

Video tersebut telah ditonton 4.3 juta pengguna dan menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan netizen.

Baca:

Elok-elok jadi manusia, lelaki ubah diri jadi ‘syaitan’, siap ajak bini sekali

Koleksi terbaru kolaborasi Blackpink+Starbucks buat peminat tak senang duduk. ‘Rare’ sangat!

Tuah badan! Ini tawaran Bell dapat selepas menang APBH 35, rezeki jangan ditolak