Biasanya mak bapak sibuk suruh solat, sikap artis K-Pop ini dipuji, hanya peminat nak buat atau tak je. Baru-baru ini, seorang artis K-Pop dari Korea Selatan, Bang Yongguk telah menjadi perhatian ramai apabila dia telah sanggup menghentikan seketika persembahannya di Shantanand Auditorium, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada peminatnya yang menghadiri konsertnya untuk menunaikan solat Maghrib.
Video penyanyi yang juga pernah menganggotai kumpulan K-Pop B.A.P itu menyelitkan waktu khusus untuk peminatnya yang beragama Islam menunaikan solat telah tular di media sosial setelah dikongsikan di Twitter @msiakpopfans.
Bintang K-Pop dari Korea Selatan, Bang Yongguk menghormati kepelbagaian agama dan budaya semasa persembahannya di Malaysia dengan menyelitkan waktu rehat khusus buat peminat yang beragama Islam untuk melaksanakan solat Maghrib. 🕌
Beliau turut menjelaskan terlebih dahulu kepada… pic.twitter.com/5iVl7odThc
— Malaysian Kpop Fans (MKF) (@msiakpopfans) July 20, 2023
Dalam video yang berdurasi selama seminit 14 saat itu, Bang Yongguk turut meminta agar peminatnya yang beragama lain faham tentang pentingnya waktu rehat tersebut untuk peminat Muslim.
Tindakannya itu yang dilihat sangat menghormati kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia telah dipuji netizen terutamanya di Twitter.
Boleh tengah2 konsert Bang Yongguk suruh berhenti rest 15min untuk bagi laluan fan dia pergi solat perghh sangat rare weh.artis malaysia pun tak buat mcm ni hahaha respectla🫡🫡 #BangYonggukinKL #BANGYONGGUK pic.twitter.com/1f6kVMf58o
— KnizaM Leo 🇲🇾🔰 (@kroolnizam) July 21, 2023
Difahamkan, dalam jadual konsert artis tersebut, pihak penganjur sendiri juga telah memperuntukkan masa rehat untuk solat ketika konsert itu.
Macam ni la bagus kan.