Realtime website trackingweb stats

Selepas Good Vibes dibadai aksi LGBT, band dari Amerika ini pula dakwa bakal buat persembahan

Oleh ADINDA

Selepas Good Vibes dibadai aksi LGBT, band dari Amerika ini pula dakwa bakal buat persembahan. Vokalis utama The Strokes memberi bayangan bahawa kumpulan itu bakal membuat kemunculan di Malaysia setelah gagal berbuat demikian selepas acara Good Vibes dibatalkan.

Kumpulan dari Amerika itu dijadualkan membuat persembahan di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes. Bagaimanapun ia gagal berjalan seperti yang dirancang setelah kontroversi yang melanda acara tersebut.

Bercakap di laman media sosialnya, Julian Casablancas dalam kenyataannya memberitahu peminat Malaysia bahawa kumpulan itu sedang mengusahakan sesuatu bagi menjayakan konsert mereka di Malaysia.

“Malaysia, [saya] baru tahu festival dibatalkan. Saya tahu anda telah menunggu 20 tahun untuk The Strokes membuat persembahan.

“[Kami] sedang cuba memikirkan sesuatu … tunggu… kami akan memberitahu anda tidak lama lagi,” katanya di laman Instagram miliknya.
Selepas Good Vibes dibadai aksi LGBT, band dari Amerika ini pula dakwa bakal buat persembahan. Vokalis utama The Strokes memberi bayangan bahawa kumpulan itu bakal membuat kemunculan di Malaysia setelah gagal berbuat demikian selepas acara Good Vibes dibatalkan. Kumpulan dari Amerika itu dijadualkan membuat persembahan di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes. Bagaimanapun ia gagal berjalan seperti yang dirancang setelah kontroversi yang melanda acara tersebut.

The Strokes sepatutnya melakukan penampilan mereka di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes, tapi terpaksa dibatalkan selepas insiden yang membabitkan kumpulan The 1975 sehingga festival 3 hari itu dibatalkan.

Baca:

Tergamak buang jasad kekasih ke tong sampah, rupanya ini punca Seong Tan sampai kena penjara 28 tahun

Raih ratusan ribu subscribers YouTube, dua lelaki ini kongsi tips mahu jadi ‘content creator’

Cubalah tambah pendapatan 10% setiap tahun, amalkan lima tips ini elak terkering duit