Realtime website trackingweb stats

Isteri penyanyi Indonesia dituduh jadi punca bibik bertukar 50 kali, ini penjelasan sebenar Inara

Oleh ADINDA

Isteri penyanyi Indonesia dituduh jadi punca bibik bertukar 50 kali, ini penjelasan sebenar Inara. Penyanyi Indonesia, Virgoun sekali lagi cuba memburukkan isterinya, Inara Rusli. Kali ini, Inara dituduh sebagai seorang yang pemarah dan menjadi punca bertukar pembantu rumah sebanyak 50 kali.

Memetik laporan Detik Hot, penukaran pembantu rumah itu berlaku dalam masa tiga tahun.

Sedar dengan fitnah yang disebarkan, Inara menafikan tuduhan berkenaan dan mengatakan ia fitnah yang cuba disebarkan Virgoun.

Inara Rusli akui memang tegas cari pembantu rumah terbaik tapi tidak sampai 50 orang.

Banyak betul masa saya sampai sentiasa tukar pembantu rumah tapi kalau awak boleh jaga saya sakit dan anak-anak, jangan berkira kenapa pembantu rumah ditukar.

Bagaimanapun, Inara mengakui dirinya memang mencari pembantu rumah yang terbaik untuk membantu menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Tak mungkin saya kerap sangat tukar sampai 50 orang. Saya cuma nak yang terbaik untuk anak-anak saya. Soal pembantu saya memang berhati-hati sebab mahukan yang terbaik.

Ketika ini proses penceraian merekan berdua masih berlangsung di mahkamah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Baca:

Raih ratusan ribu subscribers YouTube, dua lelaki ini kongsi tips mahu jadi ‘content creator’

Cubalah tambah pendapatan 10% setiap tahun, amalkan lima tips ini elak terkering duit

Akibat tabiat melampau teman lelaki, pecah gegendang telinga wanita ini