Aina Abdul kena kecam lagi, Siti Nurhaliza pun tak over, netizen nasihat serba sederhana lebih indah. pernah kalah dalam bergaya, penyanyi Aina Abdul mencuri tumpuan ketika tampil di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat.
Aina membuat kemunculan ke acara itu menaiki lori dengan dinding lutsinar sebelum kenderaan berat itu berhenti dihadapan pintu masuk menuju ke acara karpet merah di Istana Budaya.
Mata hadirin yang berada di situ terus beralih ke arah penyanyi berkenaan yang mengenakan kot berwarna merah saiz agam rekaan Behati.
Kehadiran Aina dengan busana bersaiz agam curi perhatian.
Aina yang mengambil masa tiga jam untuk bersiap turut dibantu ‘entourage’ untuk turun daripada lori berkenaan sebelum menuju ke lobi utama Istana Budaya.
Kemunculan penyanyi berkenaan turut disamakan seperti acara Met Gala yang cukup terkenal dengan fesyen extravaganza selebriti.
Dalam pada itu, Aina sekali lagi mengejutkan hadirin di ABPBH35 apabila menanggalkan oversize blazer sebelum tampil dengan gaun merah berbentuk bunga mawar pada bahagian dada.
Aina tercalon menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular bersama empat lagi nama iaitu Ernie Zakri, Nabila Razali, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.
ABPBH35 mempertaruhkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra! dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.
Malam kemuncak ABPBH35 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 dan Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.