Realtime website trackingweb stats

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher

Oleh ADINDA

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher. Seorang pempengaruh kecergasan Indonesia maut akibat patah leher selepas alat senaman ‘barbell’ yang cuba diangkat terjatuh di belakang badannya.

Dalam kejadian 15 Julai lalu, mangsa, Justyn Vicky, 33, dilaporkan sedang melakukan rutin senamannya di sebuah gimnasium di Bali, Indonesia apabila kemalangan itu berlaku.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, mangsa dilihat cuba melakukan ‘squat-press’ dengan ‘barbell’ di bahunya.

Bagaimanapun, dia kelihatan tidak dapat berdiri tegak selepas melakukan squat dan tidak dapat menampung bebanan ‘barbell’, sekali gus terjatuh dalam posisi duduk berikutan hilang keseimbangan.

Menurut laporan, jurulatih peribadi dan ahli bina badan yang mempunyai 30,000 pengikut di Instagram itu cuba mengangkat bebanan 210 kilogram.

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher. Seorang pempengaruh kecergasan Indonesia maut akibat patah leher selepas alat senaman 'barbell' yang cuba diangkat terjatuh di belakang badannya.

Akibat insiden itu, mangsa patah leher dan mampatan kritikal saraf penting yang menjadi menyambung ke jantung dan paru-parunya, lapor The Daily Mail.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia sejurus selepas pembedahan kecemasan.

Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepadanya dan The Paradise Bali, gimnasium tempat mangsa bekerja, turut menyatakan bahawa Vicky lebih daripada sekadar pakar kecergasan kerana dia adalah pemberi inspirasi, motivasi dan penyokong yang tidak berbelah bahagi.

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher. Seorang pempengaruh kecergasan Indonesia maut akibat patah leher selepas alat senaman 'barbell' yang cuba diangkat terjatuh di belakang badannya.

Baca:

Rupanya Maya Karin tak habis diploma, ramai terkejut bila dia dedah punca, lawak pun ada

Hati-hati dengan ajaran “Muhammad itu Allah”, ini Fatwa keras oleh Mufti

Bahaya betul, makanan halal tapi campur jajan unsur b@bi, budak-budak suka makan pulak tu