Realtime website trackingweb stats

AI boleh buat dah kandungan berita, mungkin satu jenis kerjaya ini bukan milik manusia lagi

Oleh ADINDA

AI boleh buat dah kandungan berita, mungkin satu jenis kerjaya ini bukan milik manusia lagi. Google kini sedang menguji alat berasaskan kecerdasan yang boleh menulis artikel, namun bukan untuk menggantikan kerjaya wartawan kerana masih memerlukan semakan fakta, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Ujian menggunakan teknologi AI bagi mencipta berita dan menawarkan khidmat berkenaan kepada pelbagai organisasi berita, termasuk The New York Times, The Washington Post dan pemilik The Wall Street Journal News Corp, kata The New York Times, memetik sumber.

Sumber yang dipetik itu berkata, alat terbabit yang dikenali dalam syarikat berkenaan iaitu Genesis l mampu mengambil maklumat seperti butiran peristiwa semasa, sebelum menjadikan ia sebagai kandungan berita.

Google percaya bahawa alat itu boleh berfungsi untuk membantu kerja wartawan sekali gus mempercepatkan proses untuk mengarang berita.

Syarikat berkenaan melihatnya sebagai teknologi yang bertanggungjawab, akan membantu memacu industri penerbitan daripada bahaya AI generatif.

“Dengan mendapat kerjasama organisasi berita, terutama organisasi yang kecil, kami berpotensi untuk menyediakan alat yang didayakan oleh AI untuk membantu kerja wartawan.

“Namun, alat ini tidak bertujuan untuk atau tidak boleh menggantikan peranan wartawan dalam melaporkan, mencipta dan menyemak fakta artikel mereka,” kata jurucakap Google, Jenn Crider yang dipetik The New Times.

Katanya, Genesis boleh menawarkan pilihan untuk tajuk utama dan gaya penulisan.

Google, dengan enjin cariannya adalah sebahagian daripada syarikat induk Alphabet.

Ia juga termasuk Android dan YouTube, Google Life Sciences, Calico, Sidewalk Labs, Nest, Google Ventures, Google Capital dan Google X.

Baca:

Selepas dua tahun Siti Sarah jadi korban Covid-19, netizen sebak tengok cara Shuib pandang adik Miza

Haus sangat sampai minum lebih 10 liter sehari, rupanya posmen ini hidap sejenis penyakit di bawah otak

Peminat air balang wajib baca, pendedahan ini buat netizen risau