Realtime website trackingweb stats

Haus sangat sampai minum lebih 10 liter sehari, rupanya posmen ini hidap sejenis penyakit di bawah otak

Oleh ADINDA

Haus sangat sampai minum lebih 10 liter sehari, rupanya posmen ini hidap sejenis penyakit di bawah otak. Seorang lelaki dari CornwaIl mengakui pernah menderita penyakit aneh, menyebabkan dia mengalami masalah dahaga yang ekstrem hingga terpaksa meminum air lebih 10 liter air sehari.

Jonathan Plummer yang tinggal di Falmouth mendedahkan, dia terpaksa meminum air dengan kerap kerana terlalu cepat merasa dahaga dan sering merasa lemah hingga doktor awalnya menganggap dia menghidap diabetes.

Bagaimanapun, pasukan medik bingung apabila keputusan ujian kencing manis lelaki berusia 41 tahun itu negatif.

“Saya berasa dahaga berterusan yang tidak dapat saya hilangkan dan membuang air sebanyak yang saya minum. Pengalaman itu sangat mengerikan, menyebabkan saya tidak boleh bekerja dan berdepan keletihan yang melampau,” katanya.

Menurut Plummer, selepas dirujuk ke Hospital Derriford untuk imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), pakar mendapati kehausan melampau dialaminya berpunca daripada tumor otak yang terletak di kelenjar pituitarinya.

Doktor mengesahkan sistem pada bahagian otak Plummer yang membantu mengawal rasa dahaga dan mengesan kadar dehidrasi tubuh tidak berfungsi hingga mengarahkannya untuk minum air melebihi lima kali jumlah yang disyorkan setiap hari.

Haus sangat sampai minum lebih 10 liter sehari, rupanya posmen ini hidap sejenis penyakit di bawah otak. Seorang lelaki dari CornwaIl mengakui pernah menderita penyakit aneh, menyebabkan dia mengalami masalah dahaga yang ekstrem hingga terpaksa meminum air lebih 10 liter air sehari.

Plummer berkata, dia terpaksa menjalani 30 pusingan radioterapi dan kini bersyukur kerana sudah berjaya pulih dan disahkan bebas daripada masalah tumor itu.

Lelaki yang bekerja sebagai posmen itu kini menyertai misi membantu mengumpul dana untuk badan amal Brain Tumor Research melalui tajaan aktiviti terjun udara.

“Kami berterima kasih kepada Jonathan kerana berkongsi kisahnya dan gembira dengan semangatnya.

“Kisahnya mengingatkan kita bahawa tumor otak boleh menjejaskan sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur,” kata Pengurus Pembangunan Komuniti badan amal itu, Mel Tiley.

Baca:

Peminat air balang wajib baca, pendedahan ini buat netizen risau

Duit RM30 ribu jatuh bersepah di jalanan, ini rupanya cerita sebenar yang berlaku buat netizen rasa kasihan

Siang dipaksa jual kismis, air bacaan al-quran, malam kena ‘selak kain’, pendedahan budak sekolah agama ini mengejutkan