Realtime website trackingweb stats

Lebih 400 mati ‘termakan’ sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar

Oleh ADINDA

Lebih 400 mati ‘termakan’ sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar. Lebih 400 mati ‘termakan’ sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar.

Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat kultus di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu, lapor Sputnik memetik media tempatan pada 17 Julai lalu.

Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha, berkata tiada tangkapan baharu setakat ini dan jumlah keseluruhan orang yang ditahan kekal 37 orang, termasuk ketua kultus Paul Mackenzie, lapor penyiar Citizen.

Mereka mati kelaparan selain ada pengikut kultus itu dimasukkan ke hospital selepas terpengaruh dengan ceramah Mackenzie bahawa mereka akan “bertemu Jesus” dengan cara itu.

Mackenzie, 50, kemudiannya ditahan dan pada Mei lepas, pejabat pendakwa Kenya berkata dia akan didakwa atas keganasan.

Lebih 400 mati 'termakan' sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar. Lebih 400 mati 'termakan' sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar. Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat kultus di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu, lapor Sputnik memetik media tempatan pada 17 Julai lalu.

Kultus bermaksud kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya.

Sebelum ini, Mackenzie si pembawa ajaran sesat dikatakan memberitahu pengikutnya bahawa dunia akan berakhir pada 15 April dan syaitan akan memerintah selama 1,000 tahun.

Sehubungan itu, Mackenzie merancang kebuluran besar-besaran ahli kultus dalam tiga fasa iaitu kanak-kanak dalam kumpulan pertama, diikuti wanita dan lelaki muda.

Dia memerintahkan pengikutnya dan anak-anak mereka untuk berlapar sehingga mati supaya mereka dapat bertemu Tuhan di syurga sebelum tarikh itu.

“Saya mendengar suara Tuhan memberitahu saya bahawa kerja dakwah untuk menyampaikan mesej akhir zaman selama sembilan tahun telah berakhir,” kata Mackenzie dalam video yang disiarkan di YouTube pada bulan Mac.

Lebih 400 mati 'termakan' sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar. Lebih 400 mati 'termakan' sembang Mackenzie, rupanya ini punca mereka termasuk budak sanggup berlapar. Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat kultus di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu, lapor Sputnik memetik media tempatan pada 17 Julai lalu.

Beberapa minggu kemudian, pengikutnya menjadi tumpuan negara dengan penemuan lebih 100 mayat kebanyakannya kanak-kanak di kubur besar di hutan Shakahola di tenggara Kenya, pada akhir April.

Punyalah jahat lagi sesat Mackenzie ini, dia melarang mangsa menghantar anak-anak ke sekolah dan pergi ke hospital apabila mereka sakit.

Bahkan, Mackenzie menjenamakan hospital sebagai syaitan selain mengarahkan wanita untuk memotong rambut mereka dengan sangat pendek dan dilarang mengenakan solekan.

Baca:

Selepas puluahn ribu hadir kuliahnya di Malaysia, jet peribadi bawa Ustaz Abdul Somad pulang ke Indonesia

Pundi kencing dan kemaluan di badan kembar, ini cerita sebenar bayi ‘enam kaki’

Dah macam bandar terapung, siap ada air terjun, kenali kapal persiaran terbesar dunia ini