Sejam bomba cuba bawa turun, lain macam tempat ‘healing’ pak guard ini. Sejam bomba cuba bawa turun, lain macam tempat ‘healing’ pak guard ini.
Seorang lelaki kurang siuman diselamatkan sepasukan bomba apabila dia didapati tersangkut di atas pokok di Jalan Todak 4, Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang.
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk menurunkan lelaki terbabit yang dalam keadaan berbogel.
Dia dipercayai terperangkap di atas pokok itu lebih sejam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairul Nizam Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 pagi kelmarin lalu bergegas ke lokasi untuk bantuan.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lelaki terbabit berada di bahagian paling atas di salah sebatang pokok di situ.
“Seramai enam anggota telah ke lokasi untuk menurunkan lelaki terbabit yang berada pada ketinggian 20 meter di atas pokok itu.
“Kita melakukan kerja-kerja menurunkan mangsa menggunakan tangga jentera bomba dalam keadaan baik dan mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum di bawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, operasi tamat pada jam 9.36 pagi.
Terdahulu, tular gambar lelaki itu di media sosial yang dikatakan memanjat pokok tersebut sehingga mengejutkan orang awam yang melalui jalan terbabit.
Menerusi gambar tular terbabit, lelaki itu dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan berdasarkan pakaian yang dipakainya selepas berjaya diselamatkan bomba.