9 jenis ‘kenangan’ yang perlu anda lupuskan, elak jadi toksin

Oleh AHMAD ISMAIL

Seringkali kali kita melihat segelintir individu suka menyimpan barangan ‘kenangan’ tertentu yang tidak lagi menjadi kegunaan kepada mereka.

Lebih – lebih lagi apabila ia melibatkan pemberian daripada yang tersayang atau barangan yang mempunyai nilai sentimental tinggi kepada individu itu.

Tahukah anda, barangan ‘kenangan’ itu boleh menjadi toksin di dalam rumah selain akan menyebabkan ruang menjadi semakin sempit dek susunan yang bertimbun.

9 jenis 'kenangan' yang perlu anda lupuskan, elak jadi toksin

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ambil masa untuk mengemas dan membuang barangan yang tidak lagi diguna pakai seperti yang dikongsi individu ini.

  1. Objek yang tidak anda gunakan lagi.
  2. Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak digunakan.
  3. Benda rosak.
  4. Kad dan nota lama.
  5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
  6. Resit dan majalah lama.
  7. Kasut koyak atau rosak.
  8. Semua jenis perkara yang menggamit masa lalu.
  9. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.

9 jenis 'kenangan' yang perlu anda lupuskan, elak jadi toksin

Untuk barang-barang lama yang sudah rosak, anda boleh terus menghapuskannya dengan cara membakar atau menghantar ke tapak pelupusan sampah.

Jika masih boleh digunakan, anda boleh memberikan kepada seseorang atau hantar sahaja ke pusat kitar semula.

Anda akan melihat hasil yang sangat positif selepas mengemasnya:

  1. Kesihatan bertambah baik.
  2. Kreativiti berkembang.
  3. Hubungan menjadi lebih baik.
  4. Terdapat kapasiti penaklukan yang lebih besar.
  5. Mood bertambah baik.

Selamat mencuba!

Baca:

Dulu heboh bercerai dengan pengkid, kini Danny sangat teraniaya pula dengan Dr Qaseh

Ternganga tengok lagu dan menu pilihan majlis santapan pengantin diraja Putera Mateen, buat ramai sing along

‘Hantu pun tak sampai hati nak sakat’ – Balkoni pun boleh letak sewa RM600