80,000 dapat tawaran masuk universiti, tapi majoritinya perempuan, lelaki dah pupus ke?

Oleh ADINDA

80,000 dapat tawaran masuk universiti, tapi majoritinya perempuan, lelaki dah pupus ke? Sejumlah 79,668 daripada 144,911 graduan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang memohon untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam sesi akademik 2023/2024 telah menerima tawaran melalui portal dalam talian Unit Penerimaan Universiti (UPUOnline).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan bahawa tawaran ini adalah untuk pengajian asas, diploma, dan ijazah sarjana muda di universiti-universiti awam dalam negara.

Selain itu, sebanyak 65,243 calon SPM 2022 telah ditawarkan tempat untuk belajar di politeknik, kolej komuniti, dan institut latihan kemahiran awam yang menawarkan program sijil dalam Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Baca Artikel Penuh