Biasanya anak-anak masa pergi sekolah elok sahaja baju, putih dan kemas tapi bila balik rumah, segala jenis kotoran ada.
Mesti risau nak basuh takut sental banyak kali nanti makin teruk atau terkoyak, kena ganti baru pula nanti.
Boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook Nordiyana Abu menerusi halaman
‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ mengenai tip cuci baju sekola
1. Perahan Lemon
Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil satu atau dua biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi.
Selesai perah, masukkan lemon tadi ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa.
2. Cecair pencuci pinggan
Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju sekolah, ibu boleh gunakan cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut.
Sapu sabun pencuci pinggan pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15 hingga 20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.
3. Sabun mandi
Perbezaan sabun mandi bentuk buku, cecair dan gel… mana satu lebih baik? – Mode | mStar
Untuk menghilangkan kotoran degil, para ibu digalak basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis ‘buku’ terus pada bahagian kotoran.
Gunakan berus baju yang lembut dan gosokkan pada bahagian kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa.
4. Susu pekat
Minuman Dalam Bekas Tin Susu Kitar Semula Adalah Tidak Selamat? | SEBENARNYA.MY
Kesan dakwat pen pada baju memang sukar dihilangkan. Jadi, sebelum anda gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen, ambil tiga sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air.
Alihkan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.
5. Marjerin
Tablet Magazine
Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan majerin. Cara mencucinya, sapukan sedikit marjerin pada bahagian terkena minyak dan biarkan beberapa minit.
Rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam.
Selepas itu, boleh cuci seperti biasa.
6. Tepung
Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air.
Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian bermasalah.
Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum di cuci seperti biasa.
7. Limau nipis
Rendam baju dalam air panas. Ambil beberapa biji limau nipis (lima hingga 10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi.
Perah limau nipis ke dalam air panas mengandungi baju tadi dan campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam satu jam. Selepas itu bilas seperti biasa.
Baca juga: