Realtime website trackingweb stats

7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk ‘confirm’ tak keluar

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tapak-tapak peninggalan sejarah atau kejadian semula jadi sering menarik perhatian para pengkaji alam,

terutama apabila kawasan tersebut penuh dengan misteri dan dianggap seram untuk dilawati.

Kadangkala, beberapa kemalangan jiwa berlaku semasa usaha untuk merungkai misteri lokasi-lokasi ini,

Menambah rasa ingin tahu mengenai tempat-tempat tersebut.

Berikut adalah 7 lokasi misteri di dunia yang anda perlu ketahui dan mungkin ingin kaji bersama:

7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk 'confirm' tak keluar

7 TEMPAT SERAM DAN MISTERI DI DUNIA YANG MASIH BELUM DIRUNGKAI

Pintu ke Neraka, Turkmenistan

Namanya sahaja sudah menyeramkan! Pintu ke Neraka atau Door to Hell adalah gelaran bagi satu kawah api yang tidak pernah padam sejak lebih 50 tahun lalu. Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkmenistan.

Kejadian ini berlaku pada tahun 1971 ketika pencarian sumber gas. Runtuhan tanah membentuk lubang yang terbakar apabila seorang ahli geologi didakwa menyalakan salah satu lubang tersebut, menyebabkan kawasan itu kekal terbakar sehingga kini.

Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda atau Bermuda Triangle sering dikaitkan dengan kisah kehilangan kapal terbang dan kapal. Terletak di Lautan Atlantik Utara, kawasan ini bersempadan dengan Bermuda, Florida, dan Puerto Rico.

Banyak teori telah dikemukakan mengenai kehilangan pesawat atau kapal di kawasan ini, termasuk bandar bawah laut (Atlantis), makhluk asing, dan cuaca ekstrem. Lebih dari 1,000 nyawa dikatakan telah diragut di sini, menjadikannya penuh dengan misteri dan mitos.

Pulau Patung, Mexico

Pulau Patung terletak berhampiran Tasik Teshuilo, tasik terbesar di wilayah tersebut. Misteri bermula apabila seorang lelaki menemui mayat kanak-kanak yang hanyut di tasik, dipercayai mati lemas.

Beberapa hari kemudian, sebuah anak patung turut hanyut di terusan berhampiran. Sejak itu, pulau tersebut dihiasi dengan anak patung yang ditemui di sekitar kawasan itu.

Pamukkale, Turki

Pamukkale, yang bermaksud “Istana Kapas” dalam bahasa Turki, terletak di barat daya Turki. Tapak semula jadi ini terkenal dengan teres travertin putih yang terbentuk oleh aliran air panas yang kaya dengan kalsium karbonat.

Proses hidrologi, geologi, dan tektonik membentuk teres bertingkat ini, yang kelihatan seperti tangga gergasi atau air terjun beku, hasil daripada pemendapan kalsium karbonat dari air panas yang mengalir.

Zon Senyap Mapimí, Mexico

Zon Senyap Mapimí atau La Zona del Silencio adalah sebuah padang pasir terkenal di Durango, Mexico. Kawasan ini dipercayai mengalami gangguan isyarat radio, dan komunikasi tidak boleh diterima atau terputus.

Selain itu, padang pasir ini kaya dengan uranium dan mempunyai kekuatan magnet yang tinggi. Banyak kejadian misteri dilaporkan di sini, termasuk peluru berpandu yang tersasar dan terhempas dipercayai berkaitan dengan kekuatan magnetik.

Stonehenge, United Kingdom

Stonehenge adalah lingkaran batu berdiri yang besar di dataran Salisbury, England. Dibina sekitar 5,000 tahun lalu pada zaman Neolitik, monumen ini adalah salah satu yang paling terkenal di dunia.

Ahli arkeologi percaya bahawa pembinaan akhir berlaku sekitar 1,500 SM pada awal zaman gangsa.

Persoalan masih timbul mengenai bagaimana batu-batu berat ini dipindahkan dan diletakkan, dengan batu paling ringan kira-kira 3,600 kilogram dan yang paling berat mencapai 22 tan.

Tasik Abraham, Kanada

Tasik Abraham yang terletak di barat Alberta, Kanada, adalah tasik buatan dengan keluasan permukaan sekitar 54 kilometer persegi dan panjang 32 kilometer.

Apa yang membezakannya adalah semasa musim sejuk, tasik ini membentuk gelembung buih yang terperangkap di bawah permukaan ais.

Fenomena ini berlaku akibat pelepasan gas metana oleh tumbuhan mati di dasar tasik, menghasilkan corak ais yang menyerupai obor-obor.

Ini adalah keajaiban ciptaan Allah SWT. Bagi anda yang berani mengunjungi lokasi-lokasi ini, silakan, namun misteri sama ada ia berbahaya atau tidak masih menjadi tanda tanya…

BACA: Individu dedah cara kesan orang tersayang mungkin dalam bahaya, guna je aplikasi ini