Realtime website trackingweb stats

6 tips mudah raih rezeki, nombor 4 paling mudah tapi susah orang nak buat

Oleh AHMAD ISMAIL

Rezeki untuk kita sebenarnya sentiasa ada dan kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha mencari dan yakin dengan Allah SWT.

Manusia kerap melihat rezeki hanya dari wang dan kebendaan sedangkan diri yang sihat

untuk beribadat dan bekerja selain keluarga yang Bahagia juga adalah satu bentuk rezeki.

Apapun, Allah SWT tidak akan menutup rezeki bagi umatnya yang telah bersungguh-sungguh berusaha serta berdoa demi mendapatkan rezeki dari-Nya.

Berikut 6 tip mudah untuk meraih rezeki seperti dikongsi Ustaz Ashraf Suarin:

6 tips mudah raih rezeki, nombor 4 paling mudah tapi susah orang nak buat

1. Jaga solat lima waktu

6 tip mudah raih rezeki nombor 4 paling mudah tapi payah orang nak buat

Keberkatan rezeki adalah apabila kita menjaga solat fardu lima waktu.

Jika solat dijaga, maka segala urusan akan dipermudahkan oleh Pemberi Rezeki, iaitu Allah SWT.

Orang yang menjaga solat, dia memperbaiki dirinya. Untuk menjadikan pekerjaan kita itu suatu ibadah, antaranya adalah menjaga solat.

2. Beristighfar dan berzikir

Selain dapat menghapuskan dosa, istighfar dan mengucapkan tahmid juga dapat mendatangkan rezeki yang murah dan tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam Surah Nuh ayat 10-11 maksudnya: “Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyak harta.”

3. Berbakti kepada ibu bapa

Tak rugi pun berbakti kepada kedua ibu bapa. Bahkan, membolehkan rezeki kita menjadi melimpah ruah dan hati akan menjadi lebih tenang.

Ramai yang tidak menyedari anugerah yang hebat ini, di mana kedua mereka boleh diumpamakan pintu untuk ke syurga dan doa dari mereka diumpamakan doa para nabi.

4. Sentiasa senyum dan tenang

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu”, H.R. Tirmidzi, 1956.

Senyum itu membahagiakan. Bahkan juga dengan senyuman kita akan menyenangkan hati orang lain.

Bukankah patut kita sesama makhluk perlulah saling menghormati dan memudahkan beban orang lain? Sentiasa senyum dan tenang adalah antara caranya.

5. Sentiasa bersedekah walaupun nilainya kecil

Bersedekah membuka pintu rezeki. Yakinlah bahawa limpahan rezeki akan datang melalui amalan bersedekah.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 245 bermaksud: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.”

Jadi, janganlah takut untuk tidak dikurniakan rezeki, kerana rezeki akan datang dari pelbagai sumber yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

6. Sentiasa bersyukur

Sebanyak mana rezeki yang kita peroleh, hendaklah kita sentiasa mensyukurinya.

Ini kerana dengan banyak bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat itu berkali ganda kepada kita.

Dijelaskan dalam firman Allah Surah Ibrahim ayat 7 maksudnya: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur niscaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Baca: Rupanya api warna oren punca ‘buntut’ kuali berkerak, ini cara atasinya