Mungkin sukar dipercayai, tetapi terdapat bahagian luar tubuh kita yang memberi amaran tentang masalah kesihatan tanpa kita sedari.
Salah satu topik yang sering dibincangkan adalah kewujudan garisan putih pada kuku di bahagian kutikel.
Ada yang menyatakan bahawa garisan ini menandakan tubuh mengalami dehidrasi.
Mari kita ambil perhatian terhadap perubahan kuku agar tindakan awal dapat diambil.
Tahukah anda, kesihatan kuku berkait rapat dengan jantung? Selain simptom umum seperti sesak nafas dan sakit dada,
Terdapat juga tanda-tanda pada kuku yang boleh memberi petunjuk awal tentang masalah jantung.
Perubahan pada kuku dapat menunjukkan keadaan sistem peredaran darah dan fungsi jantung.
6 Simptom Kuku yang Menunjukkan Masalah Jantung
1.Kuku Kebiruan (Cyanosis)
Kuku yang kelihatan kebiruan atau kelabu adalah tanda kekurangan oksigen dalam darah, yang mungkin disebabkan oleh masalah jantung. Keadaan ini menunjukkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan. Jika kuku berubah warna ini dan diiringi dengan sesak nafas atau keletihan, segera dapatkan rawatan.
2.Kuku Pucat
Kuku yang kelihatan pucat atau putih mungkin tanda anemia atau fungsi jantung yang lemah, di mana darah tidak membawa oksigen secukupnya ke seluruh tisu badan. Perubahan ini sering disertai simptom seperti pening atau keletihan.
3.Kuku Clubbing
Keadaan di mana kuku melengkung ke bawah dan menjadi tebal dikenali sebagai clubbing.
Ini berlaku apabila badan kekurangan oksigen dalam tempoh lama dan boleh menjadi tanda penyakit jantung kongenital atau masalah paru-paru. Perubahan ini berlaku secara perlahan, jadi pemeriksaan segera diperlukan jika kuku mula berubah.
4.Garis Gelap di Bawah Kuku
Garis gelap yang muncul di bawah kuku mungkin tanda masalah aliran darah atau kerosakan saluran darah kecil. Ia juga boleh menunjukkan endokarditis, iaitu jangkitan pada lapisan dalam jantung, yang disertai simptom seperti demam, keletihan, dan kesukaran bernafas.
5.Kuku Rapuh dan Mudah Pecah
Kuku yang mudah pecah atau rapuh menandakan tisu badan tidak mendapat oksigen mencukupi. Keadaan ini boleh berpunca daripada penyakit arteri koronari atau masalah peredaran darah.
6.Kuku Beralur atau Berlubang
Kuku yang mempunyai alur atau lubang mungkin tanda stres fizikal atau masalah aliran darah, walaupun jarang berkait dengan penyakit jantung. Ia lebih sering dikaitkan dengan penyakit kulit.
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Tanda-tanda seperti kuku kebiruan, melengkung, atau garis hitam perlu diperiksa oleh pakar. Gejala ini adalah amaran tentang masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera, terutamanya jika disertai dengan:
-Sesak nafas
-Keletihan melampau
-Sakit dada atau debaran
-Pening dan sering pitam
Jangan abaikan perubahan pada kuku kerana ia mungkin memberi petunjuk awal tentang masalah jantung.
BACA: Siapa sangka minum air kosong terlalu banyak boleh membawa padah, ini kesan ramai tak tahu