Realtime website trackingweb stats

6 petunjuk bateri kereta bakal tamat hayat…naik salah satu, boleh terus ke bengkel

Oleh ABDULLAH HAMID

Ramai antara kita sering mengabaikan pentingnya memberi perhatian kepada jangka hayat bateri kereta.

Bateri kereta biasanya dianggap sebagai komponen yang tidak memerlukan penyelenggaraan berkala.

Namun, hakikatnya ia adalah elemen penting untuk memastikan kereta berfungsi dengan baik.

Masalah bateri sering hanya disedari apabila enjin sukar dihidupkan

atau kereta langsung tidak dapat dihidupkan, walaupun sebelum itu telah muncul beberapa tanda awal.

6 petunjuk bateri kereta bakal tamat hayat...naik salah satu, boleh terus ke bengkel

Berikut adalah petunjuk bahawa bateri kereta anda mungkin sudah sampai masa untuk diganti:

Enjin sukar dihidupkan atau langsung tidak dapat dihidupkan.

Lampu dan aksesori kereta malap atau tidak berfungsi dengan baik.

Bunyi ‘klik’ kedengaran ketika cuba menghidupkan enjin, tetapi enjin tidak berputar.

Lampu amaran bateri menyala pada papan pemuka.

Radio bermasalah, seperti kehilangan isyarat atau tetapan frekuensi asal berubah.

Tetapan jam pada kereta tiba-tiba menunjukkan waktu yang tidak tepat.

Jika salah satu daripada tanda ini berlaku, segeralah ke bengkel untuk memeriksa keadaan bateri.

Gantikan bateri yang lemah dengan segera bagi memastikan kereta anda berfungsi dengan baik dan mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

BACA: Rupanya senang sangat nak masak sendiri nasi ‘butter’ di rumah