Realtime website trackingweb stats

6 panduan bersihkan rumah sempena Raya, nombor 4 tu tak sangka sarung bantal lama tak pakai masih ada gunanya

Oleh AHMAD ISMAIL

Bagi yang sudah biasa membersihkan rumah tidak menjadi hal untuk berbuat demikian sempena Raya.

Namun, untuk yang jarang membersihkan rumah mungkin sibuk bekerja, ada yang sedikit tertekan nak bergelut dengan habuk, sawang dan kotoran.

Tak perlu kusut pun jika anda tahu cara membersihkan rumah dengan memanfaatkan apa yang ada dalam bilik, dapur malah stor di rumah anda.

6 panduan bersihkan rumah sempena Raya nombor 4 tu tak sangka sarung bantal lama tak pakai masih ada gunanya

Ini termasuklah sarung sarung bantal lama yang tak pakai pun boleh diguna untuk tujuan membersihkan peralatan di rumah.

Jom ikut panduan dikongsi Erin Galeri di Facebook beliau, pasti rumah anda jadi sebutan jiran tetangga dan saudara-mara lantaran begitu bersih lagi semerbak harum:

1. Kilatkan lantai

Tambahkan beberapa bahan dalam larutan cucian lantai untuk memudahkan kotoran pada lantai tertanggal.

Antara bahan yang perlu ditambah adalah cuka. Campuran larutan cucian pula ditambah dengan satu baldi air panas dan mop lantai seperti biasa.

2. Tidak mahu habuk senang lekat pada perabot

Sediakan larutan air bercampur dengan pelembut pakaian dengan nisbah 1:10.

Kemudian, lapkan permukaan perabot dengan menggunakan larutan itu sehingga habuk-habuk hilang.

3. Cara jadikan rumah semerbak wangi

Tidak perlu keluar banyak duit pun untuk jadikan rumah sentiasa semerbak wangi.

Campurkan satu penutup pelembut pakaian dengan satu mangkuk kecil cuka. Semburkan campuran itu ke sekeliling rumah.

Sembur lebih pada bahagian fabrik seperti langsir, sofa dan sebagainya.

Bauan tersebut akan bertahan untuk jangka masa yang agak lama.

4. Cara cuci kipas siling dengan mudah

6 panduan bersihkan rumah sempena Raya nombor 4 tu tak sangka sarung bantal lama tak pakai masih ada gunanya

Mencuci bilah kipas siling sebenarnya boleh guna sarung bantal terpakai. Lembabkan sarung bantal itu dan sarungkan pada bilah kipas.

Tarik perlahan-lahan agar habuk-habuk tidak berselerak dan berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal itu. Cuci dan lap bilah seterusnya.

5. Bersihkan lantai bilik air

Sediakan campuran 3:1 (3 sudu soda penaik + satu cawan air) dan siramkan larutan itu di atas lantai.

Biarkan lantai anda dalam 30 minit dan selepas itu, sental dan cuci lantai seperti biasa.

6. Bersihkan ketuhar kotor

Mudah sahaja bersihkan ketuhar yang kotor. Hanya campurkan soda bikarbonat bersama air. Biar likat seperti pes.

Kemudian tuang campuran itu pada tempat yang terkena kotoran selama sejam hingga 12 jam.

Akhir itu, kikis kotoran tebal dan lapkan dengan air bersih seperti biasa.

Baca:

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…