Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes curang yang berlaku melibatkan suami orang dengan wanita bujang sama ada pasangan selebriti mahupun orang awam.
Pendedahan kes curang yang sering kali menjadi topik perbincangan di media sosial ini sudah tentu menimbulkan persoalan terutamanya daripada wanita bergelar isteri.
Mengapakah gadis-gadis bujang mudah terjerat dengan cinta suami orang sehingga ada sebahagian dari mereka ini rela berkongsi dan bermadu dengan isteri pertama?
Untuk menjawab persoalan, berikut kami kongsikan enam faktor yang membuatkan suami orang kelihatan lebih menarik berdasarkan artikel terbitan Mingguan Wanita.
Kestabilan dan Keselamatan
Kebanyakkan lelaki yang sudah berkahwin lebih stabil dari segi kewangan dan emosi. Semestinya, gadis bujang yang mencari keselamatan dan kestabilan bakal tertarik.
Berpengalaman
Suami orang dikatakan lebih matang dan mampu mengendalikan hubungan. Hal ini berikutan mereka sudah memiliki pengalaman dalam hubungan serius bersama isteri.
Tarikan Terlarang
Tarikan kepada lelaki yang sudah berkahwin selalunya tercetus apabila adanya rasa ingin tahu di dalam diri gadis bujang dengan perkara yang dilarang atau sukar diraih.
Situasi ini dikatakan memberikan keseronokan berbeza buat sesetengah wanita yang belum berkahwin apabila dapat memiliki suami orang lain sebagai pasangan mereka.
Perhatian
Mendapat perhatian daripada lelaki yang sudah berkeluarga dianggap sebagai satu pengiktirafan atau penegasan daya tarikan peribadi bagi sebahagian wanita bujang.
Bukan itu sahaja, perhatian diberikan itu juga dikatakan boleh meningkatkan tahap keyakinan gadis bujang terutamanya yang bersikap tidak mempercayai diri sendiri.
Kurang Kesedaran
Wanita bujang yang meminati suami orang mungkin tidak mengetahui status sebenar lelaki itu atau sengaja mengabaikan petanda bahawa pasangan mereka sudah berkeluarga.
Keselesaan dan Keakraban
Rasa selesa dan keakraban yang sudah terjalin dengan lelaki sudah berkahwin boleh menyebabkan seseorang wanita bujang itu memilih untuk meneruskan perhubungan.
Namun perlu diingatkan , setiap situasi adalah berbeza dan alasan seseorang untuk memilih pasangan mereka boleh menjadi sangat rumit. Akan tetapi, nilai moral dan tanggungjawab peribadi turut memainkan peranan dalam pemilihan ini.
Baca juga: Berebut kutip ‘ulat kayangan’ atas jalan di Sarawak, harga sama mahal dengan daging wagyu