Pada tahun 1900, seorang jurutera awam bernama John Elfreth Watkins membuat beberapa ramalan tentang apa yang akan berlaku pada tahun 2000, iaitu seratus tahun kemudian.
Ketika awal abad ke-20, Watkins menulis sebuah artikel yang diterbitkan di muka surat lapan majalah
wanita Amerika, Ladies’ Home Journal, dengan tajuk “Apa yang Akan Berlaku 100 Tahun Akan Datang.”
Watkins memulakan artikelnya dengan menyatakan bahawa ramalan yang dibuatnya mungkin kelihatan pelik dan mustahil.
Namun, beliau menjelaskan bahawa dia telah berbincang dengan beberapa institusi sains dan pendidikan mengenai pendapat mereka terhadap 29 topik yang diutarakannya.
Baru-baru ini, The Post menerbitkan semula artikel tersebut, dan penyunting sejarahnya, Jeff Nilsson, memuji beberapa ramalan Watkins yang ternyata tepat.
Jika anda ingin mengetahui ramalan-ramalan tersebut, bacalah di bawah ini:
1. Gambar digital berwarna
Dah tentu Watkins tak gunakan perkataan “digital” di dalam artikel tersebut atau memberitahu dengan tepat macam mana kamera dan komputer berfungsi, tapi dia telah meramal bagaimana orang akan menggunakan teknologi gambar terbaru.
Gambar akan ditelegraf dari pelbagai jarak. Jika ada pertempuran di China dalam masa 100 tahun akan datang, gambar paling menarik yang diambil dari pertempuran tersebut akan disiarkan di dalam surat khabar sejam kemudian dan gambar ini akan menghasilkan semua warna semulajadi.”
Apabila Watkis membuat ramalan ini, gambar yang diambil pada ketika itu tentang apa yang berlaku di China akan mengambil masa seminggu untuk disiarkan dalam surat khabar Barat. Malah pada ketika itu, teknologi boleh mengambil gambar merupakan satu keajaiban untuk dorang dan gambar berwarna pula sangat eksperimental.
Jadi, bila dia cakap tentang kamera yang boleh mengumpulkan maklumat dari hujung dunia yang lain dan menghantarnya dengan cepat, dia bukan sahaja bercakap tentang teknologi yang sedia ada dan apa yang akan berlaku nanti, ia adalah lebih daripada apa yang difikirkan orang pada ketika itu.
2. Telefon bimbit
Telefon tanpa wayar dan litar telegraf akan menjangkau dunia. Seorang suami di tengah-tengah lautan Atlantik akan boleh bercakap dengan isterinya yang sedang duduk di meja soleknya di Chicago. Kita juga boleh telefon China seperti kita boleh cakap sekarang dari New York ke Brooklyn.”
Panggilan antarabangsa memang tak wujud masa era Watkins. Malah, artikel ini dikeluarkan 15 tahun sebelum panggilan pertama dibuat oleh Alexander Bell.
3. Televisyen
Manusia boleh melihat apa yang berlaku di seluruh dunia. Orang dan barang akan dibawa di hadapan kamera yang disambungkan dengan elektrik beserta skrin di arah bertentangan, beribu batu jauh dalam satu masa yang sama.”
Watkins telah melihat kamera dan skrin disatukan oleh litar elektrik iaitu satu perkara yang hanya wujud pada abad ke-20 oleh televisyen siaran langsung dan webcam.
4. X-Ray
Doktor akan boleh melihat dan diagnos organ dalaman badan yang bergerak dan masih hidup menggunakan sinaran cahaya yang tak boleh dilihat.”
Hari ini, X-rays, MRI, imbasan CAT dan ultrasound adalah antara teknologi perubatan yang paling dihargai.
5. Sayur akan dibuat di makmal
Sayur akan dimandikan dengan lampu elektrik yang sangat berkuasa seperti cahaya matahari untuk percepatkan tumbesaran. Kuasa elektrik di dalam tanah akan membuatkan sayur tumbuh dengan lebih besar dan cepat serta akan mematikan lalang.”
Sayur yang ditanam di dalam kaca telah pun menjadi realiti untuk membuatkan tumbesaran mereka menjadi lebih cepat.
BACA:Pegawai bank raih RM 2 juta dengan menyeleweng akaun pelanggan persis ‘one cent thief’