Realtime website trackingweb stats

5 panduan jika memandu berhampiran kenderaan berat

Oleh HADI KAMARUDIN

Akhir-akhir ini, kes kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori dan treler yang meragut nyawa pengguna jalan raya semakin kerap dilaporkan.

Sebuah hantaran daripada syarikat logistik The Lorry.com telah berkongsi beberapa tip keselamatan penting

Perkara yang boleh membantu anda mengurangkan risiko terlibat dalam kemalangan.

Berikut adalah panduan yang perlu diikuti:

1) Kenali Titik Buta Treler

5 panduan jika memandu berhampiran kenderaan berat
Gunakan prinsip mudah ini: jika anda tidak dapat melihat wajah pemandu treler melalui cermin sisi, besar kemungkinan dia juga tidak dapat melihat kenderaan anda.

Hindari berada terlalu dekat di sisi treler. Jika ingin memotong, pastikan anda bergerak ke depan untuk mencari ruang yang lebih selamat dan luas.

2) Potong dari Sebelah Kanan

Titik buta treler lebih besar di bahagian kiri kerana posisi pemandu terletak di kanan.

Oleh itu, elakkan memotong dari kiri kerana pemandu mungkin tidak menyedari kehadiran kenderaan anda. Sentiasa potong dari kanan untuk memastikan keselamatan.

3) Kekalkan Jarak Selamat

Pastikan anda menjaga jarak selamat antara 50 hingga 100 meter di belakang atau depan treler.

Jarak ini penting untuk mengelakkan risiko jika treler berhenti secara tiba-tiba, mengalami brek rosak, atau hilang kawalan.

Ia memberi masa untuk anda bertindak mengelak bahaya.

4) Waspada Terhadap Lajak Treler

Treler memerlukan ruang besar untuk membelok kerana panjangnya.

Ketika berada di simpang, beri laluan kepada treler dan elakkan memotongnya. Lambat sedikit tidak mengapa, asalkan selamat.

5) Elak Memotong di Kawasan Bahaya

Hindari memotong treler di kawasan simpang-siur, berbukit, atau selekoh tajam, kerana pandangan hadapan mungkin terhalang.

Memotong hanya di jalan lurus dan jelas lebih selamat. Beberapa minit yang dijimatkan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan risiko nyawa.

Keselamatan di atas jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Sentiasa waspada, berdisiplin, dan utamakan nyawa anda serta pengguna jalan raya lain

BACA: Lebuhraya Gombak Bentong dinaiktaraf 3 lorong, tambah terowong baharu